Monday, March 11, 2013

I missed you guys...

As salam...today as I was housekeeping my files @ my computer I saw these pictures... and suddenly all the sweet memories flooded in .....
How I missed you all larrr sistas.... :-)
Betty & Watie - Hope that your pregnancy will goes well, insyaallah ..amin.
Anies, Wawa & Adik tudung merah ni (*sowie I forgot ur name) - I wish u guys all the best :-)
Kak Zan & Kay Baayah & Wan - I miss u all so much.... :-)


To all my DIAMONDS sisters.... wish u all the success & do keep in touch ya :-)

Tuesday, March 05, 2013

Surprise!

Sweetheart,
I am not too good with words and expression and that might be one of the reason that letter from my side will surprise you even more. Today is the day I want to thank you for every effort you have put into the relationship to work. I know I have never appreciated your effort or expressed my feelings for you but that does not lessen my affection for you. I cannot put right words and get romantic at the go but I think that ONCE in a while I must express my love to you. Therefore, this is a letter so that you do not feel depressed, always remember, that I love you even if I do not come up with saying 'I love you' often. You have done so much for me and our kids would never have found a better "Mama" than you. With you by my side always, my all worries seem to be at bay as you make me smile always and take over my worries. It is just a reminder of my love, respect, admiration, and care for you. Love me always like you do now and never let me go, my life is incomplete without you. Love you...

*RAK*
05032013

Friday, March 01, 2013

My song to you dear :-)




Sundown all around 
Walking thru the summer's end 
Waves crash baby, don't look back 
I won't walk away again 
Oh, baby, anywhere you go, 
We are bound together 
I begin, baby, where you end 
Some things are forever ! 
Circle in the sand 
'Round and 'round 
Never ending love is what we've found 
And you complete the heart of me 
Our love is all we need 
Circle in the sand 
Cold wind, tide move in 
Shiver in the salty air 
Day breaks, my heart aches 
I will wait for you right here. 
Oh, baby when you look for me 
Can you see forever ? 
I begin baby, where you end 
We belong together 
Circle in the sand 
'Round and 'round 
Rising of the moon as the sun goes down 
And you complete the heart of me 
Our love is all we need 
Circle in the sand 
Circle in the sand 

Wednesday, February 27, 2013

What a weird dream

** I HAD THE STRANGEST DREAM LAST NITE...
** I'M NOT SURE WHY ?
** BUT IT WAS THE WEIRDEST DREAM EVER...
** NOT SURE WHY I DREAMT ABOUT IT...
** BUT IT SURE SENT SHIVERS TO ME JUST TO THINK OF IT....
** I WOKE UP FEELING RELIEVED THOUGH... AS I REALIZED THAT IT WAS JUST A DREAM......ALHAMDULILLAH

**HMH**

Thursday, February 21, 2013

DEMAM NASI ARAB!! :-)

As salam... lately ni rata-rata orang bercerita and berkongsi tentang Nasi Arab... my close friends, office colleagues and also FB friends rata-rata hangat memperkatakan tentang kelazatan Nasi Mandy, Nasi Kabsa, Nasi Maglubah , Nasi Hanith etc....

Sememangnya kami sekeluarga memang pengemar Nasi Arab ... dulu kalau naik KL / Kajang / Bangi mesti pekena Nasi Arab...sebab kat JB susah nak cari kecuali kat LC Catering tu lar...

Tapi lately dah banyak pulak restoran Nasi Arab ni kat JB...
So far we all dah try  yang kat Kg Melayu tu  (Wadi El Arab) , Al -Hanin (Larkin Idaman) and baru minggu lepas kat sebelah Masjid Wadi Hasan (* bersebelahan dgn Danga City Mall)..

So hari ni lepas dah Googled..terjumpa resepi Nasi Kabsa..... kat Dapur Raidah...(www.resepiraidah.blogspot.com) yg rata2 blogger lain komen sedap & jujur resepinya... 
Insyaallah plan nak cubalah masak dalam waktu terdekat ni...untuk Mr Hubby.... if I managed to cook the Nasi Kabsa perfectly...hehehe well dear.. there goes your "diet" programme haha...:-P


REMPAH NASI KABSA

**Credit to ResepiRaidah , tq :-)

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Above photo credit to Secubit Garam.... tq :-)


NASI KABSA
Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

Wednesday, February 13, 2013

Mendidik anak ikut sunah Rasulullah S.A.W


Note : Taken from Excel Qhalif website.... untuk di share bersama...semoga dapat manafaat ...insyaallah amin ...

Monday, January 28, 2013

Naik turun Kajang

As salam ..lama dh x bersiaran ya?
Tak pelah ... ni ada masa sikit ni boleh larr update our blog :-)

Sejak dua menjak ni kan.... me & Mr Hubby asyik naik turun Kajang....
ntahlah since dari aku kursus kat VTC sampai larr sekarang...

Buat apa kat Kajang? Hmmm ..semua gara-gara ..Nabira ku yang lately ni selalu sakit....



Lepas satu satu ..dia sakit... and every time hubby akan anto kat Chevy Bangi ni...
Mula-mula ok...but lepas tukar gearbox hari tu .... dah 2 bulan pakai ...kuar balik error message kat keta aku ni.... adoyai ....apa nak buat ...kena larr hantar & re- program balik system computer keta tu...
Masalahnya kan dah 2 kali terakhir aku hantar kat Chevy SC Bangi ni kan ..kami cam tak puas hati larrrr...( ** will update in my next N3)

Hubby ada gak dok kenen2 kat aku ..nak trade in..... aku ni maleh sikit larrr nak hutang2 ni....dah tua2 cam ni maleh tul larrr nak berhutang....kalau duit banyak boleh beli keta cash ek ? huhu ...tengoklarr camner nanti. ya yang? :-)

Oleh kerana dah selalu naik turun Kajang...kita orang pun dah expert larr cari tempat makan yang best  & also selalu pergi urut kaki at pasar malam kat Reko tu..hahah

 :: - ))

Wednesday, January 16, 2013

Dah agak dah....... :-(


Semalam dapat surat dari SKBU2.... suruh parents datang collect duit bantuan kerajaan yang RM100 tu.... so discuss ngan Mr Hubby...... siapa nak gi ambik.....
Nana sessi pagi....Danish sessi petang.... waktu collection duit tu for sessi pagi dari pukul 11.00 sampai 1.00ptg,,,, Sessi petang dari pukul 2.00 sampai 4.00 petang...

Mr Hubby ckp dia pergi sessi pagi since petang dia nak ambik boss aussie dia tu kat Senai... pukul 6.15pm.... so aku kenalah ambik 1/2 day today ....and cover sessi petang .... and terus ambil anak2 balik sekolah pukul 6.30 nanti.... adoyai..asyik 2 kena cuti....baru Januari dah 3.5 days ambik leave .... ada gak comes end of the year kena unpaid leave.. huhu...

Nak jadikan cerita..Mr Hubby sampai sekolah lewat ..pukul 1.15p.m.... cikgu dah balik dah...& tak dapatlah collect duit tu ..dah agak dah...Mr Hubby kalau ada appointment memang suka kuar office last minute......lepas tu bawak keta laju-laju cam org giler... so esok dia kena collect from PKHEM sekolah....

Bila di fikirkan balik ..bab-bab sekolah , anak2 memang kaum bapa2 ni kurengg sikit ek??
For my part.....dengan selamatnya dah collect duit RM100 tu tadi at 3p.m.... tu pun aku sempat singgah Tebrau City & lunch with my bestie.... Fifah :-)

Friday, January 11, 2013

Salam & Welcome 2013!!

As salam to all....
Lama giler x update blog aku yang satu ni...heheh mana taknya ..nak update blog Bisnes, blog Infinity Cupcakes, FB personal, FB Infinity & FB GCCC,,,heheee ..plus ngan kerja lagi from 8.30~6.00 daily....aduh ampun ..mmg ngak kesempatan buk...:-P

Weekends aku sentiasa packed...nak gerak pun susah....hahah
Anyway nothing much has changed..cuma early 2013 ada sikit kelam kabut as our boy just entered new school...yup he's now in standard 1...wowwwwiiieee..how time flies hahahah....
Handsome anak mama pakai baju sekolah & also baju melayu sekolah agama...heheheeh....
 Tpkan...hari pertama jer handsome...hari kedua je balik ..mak aaaiiii.... kotornya baju ..macam org kerja kontrak hahaha

Esok pulak ada orang nak belajar personal class ..Cupcakes Deco classs...semoga semuanya berjalan lancar esok ..amin

Ok till next N3



Monday, August 13, 2012

Pesal hang ni?

Hari ni nak citer sket ttg seorang rakan baker yang aku rasa dah berubah sgt kebelakangan ni....
Aku kenal dia masa belajar Macarons sama sama....
Masa kenal tu dia masih belum terrer larrr.....
Tapi aku selaku nampak updates dia kat FB ..from time to time aku nmpk she's improving and aku tumpang gembira.....

Then lepas tu dia giat buat Cake in Jar...aku pun dh beli dari dia..memang sedap ... tapikan bila aku cakap aku nak belajar ngan dia  resepi XXXXY ..tu dia kata " maaf kita tak boleh ajar yang itu. nanti sifu kita marah".... pehal? Ni larrr Melayu.......

Tuesday, July 24, 2012

Permasalahan haid dan puasa

.


Alhamdulillah hari ni dah nak masuk 4 hari kita berpuasa.... 
Rakan sekerja aku bertanya pagi tadi... yang beliau dah suci dari darah haid pada hari Ahad tempohari. Beliau dah pun berpuasa penuh pada hari Isnin dan juga solat. Tapi pagi ni beliau kata terdapat lendir seperti putih telur bercampur lendir coklat pulak...batal ke puasa beliau??....Di bawah adalah jawapan yang diperolehi dari website JAIS...




Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai puasa. Saya mempunyai haid yang dalam sebulan normalnya 7 hari kemudian dia akan berhenti dan saya akan terus mandi dan sembahyang selang dalam seminggu lebih kemudiannya dia akan datang kembali dengan keadaan yang cuma lendir yang berwarna coklat.

Adakah dalam bulan Ramadhan ini puasa saya sah atau tidak jika antara waktu yang sudah berhenti dengan yang datang lendir berwarna coklat itu saya teruskan berpuasa. Adakah antara masa berhenti itu dengan waktu datang lendir saya kena mengqadakkan puasa. Jawapan amat saya harapkan.

Terima kasih. 

Jawapan
.
Tempoh kedatangan darah haid ialah paling cepat sehari semalam, kebiasaan selama 7 hari dan paling maxima 15 hari.

Darah haid datang dalam pelbagai bentuk, ada merah kehitam-hitaman, merah pekat, coklat kehitaman, kuning pekat, ada juga ciri lain di mana ia keluar dalam kedaan berketul dan ketika ia banyak keluar, akan terasa sedikit hangat. Bau darah ini biasanya agak hanyir berbanding dengan darah biasa.

Apa yang saya maklum dari persoalan saudari ialah saudari biasa datang haid 7 hari, selepas itu ( 8 hari @ lebihi lagi) dalam kedaan suci. Dalam perkiraan saya; lendir berwarna coklat hanya keluar pada hari keenam belas dan seterusnya ( jika perkiraan adalah dari tarikh hari pertama darah haid saudari datang ). maka jelaslah di sini darah itu bukan darah haid, saudari wajib solat dan berpuasa. Antara waktu berhenti haid dan datang lendir coklat tidak perlu Qada puasa kerana saudari sedang dalam suci. Pastikan perkiraan maxima bilangan hari kedatangan darah tersebut untuk mengenal pasti samada ia darah haid @ darah Istihadah ( darah penyakit).

Jika lendiran berterusan, dapatkan nasihat pakar bagi menyelesaikan masalah sebelum lebih banyak mudharatnya.

Monday, July 09, 2012

Jenjalan ke KL & Melaka

Salam rakan-rakan alam mayaku... wah dah lama betul tak bersiaran di blog ku ini hehhe.... Faktor-faktor kesibukan  serta kemalasan yang menyumbang kepada masalah di atas ...
Oklah hari ni nak citer pasal last weekend... kami sekeluarga naik ke KL untuk Raya shopping spree.... :-)
Dan kali ini MIL & BIL pun we all angkut sama.:-).. Yalar..kesian tgk Mak dah lama tak berjalan...
MIL tanya aku " Mak bawak Achid boleh?" Aku jawab " Bawaklah Mak ...lagipun Linda booked Homestay 3 bilik... takde masalah... 

 Kali ni aku book homestay Pn Zu yg terletak di Cheras.  Sgt strategik lokasi condo ini kerana bertentangan dgn Masjid,...restoran & gerai2 makanan juga banyak..banks pun ada....
 Ini masa malam sebelum tidur...MIL sedang baca Al-Quran... sementara anak daraku tertidur atas sofa...
 These 2 goonies .... tgh bersiap -sedia untuk balik ke JB
 Tgh tunggu owner rumah datang...

 Ini swimming pool dia ..

 Our dinner kat Ayam Penyet AP ..
 Tak sempat ambik gambar all the dishes..... sebab sekejap dah licin hahah lapar punya pasal...
Usai solat Isyak ...kami bawak semua pi makan durian pulak ..otw balik aku tnmpk org jual "derian" kat simpang traffic light... rupanya Achid tak brp suka durian... so MIL & En Hubby tolong habiskan ... nasib  aku cuma ambik 4 biji jer..mula2 hubby suruh ambik lebih... nasib tak membazir cam couple yang duduk sebelah kami..dah tau Durian Musang King..ambik bnyk2 dah tu tak larat nak habiskan 2 org je makan patutnya ambik larr sibijik dulu...last2 buang dalam tong ish ish ish..

 Ni pulak masa dok pilih baju raya kami...
 We all shopping kat Kenanga Wholesale City
Hari Ahad pulak lepas check out hubby ajak gi jln TAR....so this time borong tudung pulak.... murah tu...I liokkee. Lepas gedebak gedebuk dalam pukul 1.30 kita org gerak larr balik...Then sampai kat Nilai hubby tanya nak lunch kat ner ni? Aku pun bg suggestion why not singgah Melaka test power kat Nasi Beryani Haji Tamby..sebab last time nampak Rima buat N3 kat blog dia... she said it's tasty...so we all pergi larrr...
Ini depan restoran tu... kami sampai lewat dalam pukul 2.30 kot..so cuma tgl Nasi Beriani Ayam....memang sodapppp..we all bagi 4 star....Nasi dia.makan cam tu pun dah sedap.We already set this place as 1 of our favorite place in our GPS...Nasi beriani dia RM6 jer..tak sampai RM8~RM10 cam tmpt2 lain..kalau nak pergi alamat dia :
No, 69, Jln PJ 1,
Taman Pertam Jaya. 75050 PADANG TEMU. Melaka

Lepas tu aku suggest kat MIL ku.." Mak nak sgh umah Mak Ngah tak?" Boleh tumpang solat sekali?"

Alhamdulillah dapat jumpa Mak Ngah & Pak Ngah..kata Pak Ngah kami memang langkah kanan sebab adik beradik Mak Ngah ada buat tahlil sikit sempena nak sambut Ramadhan...Mak Ngah bawak kami ke umah adik dia.... ramainya orang ..cam raya pulak rasanya...Banyak betul juadah... Mee Kari, Mee Siam, kuih muih, Cendol, Cempedak Goreng dan rambutan... wah best suasana kat situ..reminds me of Rembau & Mantin... :-)
Rupanya adik ipar mak ngah tu memang berniaga Cendol & Kuih Muih ..memang sedap Cendol dia.... adik beradik Mak Ngah semuanya baik2 & peramah belaka....Seronok MIL berbual ngan Mak Ngah & kakaknya... kalau aku cuti keesokkan harinya boleh kami duduk lama lagi...x pelah MIL cakap..kalau ada rezeki insyaallah kita jumpa lagi...

Sebelum kami bergerak balik , Pak Ngah bekalkan kami Pisang, Terung , Cili Api & Betik.
Terimakasih banyak Pak Ngah & Mak Ngah... semoga murah rezeki kalian :-)
Pukul 9.30malam baru hantar mak ke Magd. Tiba umah...lepas solat jer semua ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZz :-)

Thursday, February 23, 2012

We will missed you abah... :-(

Salam... 13th Feb 2012 I rcvd a call from my hubby informing that my FIL has passed away at 4.15p.m.
I was stunned to the point that I cannot speak ... my hubby sounded sad and I asked him where he was? He said he just arrived home from an appointment....He told me he just picked up Nana & Danish from taska...
I asked him to sent Nana & Danish to my parents house &  to the hospital afterwards to make all the necessary arrangements since my MIL was there all alone .I told him that I will go back shortly & meet him up at HSA.

After sms to my boss is KL.. I went back & stopped by at SMK BBU to pick up Cha.
Arrived at HSA around 5.40p.m , alhamdulillah managed to squeezed my car at one of the limited parking spots..... met up with hubby & MIL ...When I arrived, Achid & Siti were already there and there I saw my late FIL on the bed covered with white sheet  & my MIL was in tears.... I hugged her & Siti.....Cha also cried ....

By 6.00 we're still waiting for the Morgue people to collect the body ....come 6.15p.m I can no longer contained my frustrations so I run around asking the nurses & ward attendance asking for help to check when can the " Van Jenazah" arrived? As we need to "kebumikan the jenazah" tonight....
Then I saw the ward attendant making calls & after 10 minutes the "Van Jenazah " arrived & took my FIL to the mortuary..

After maghrib my FIL was brought back to Majidee...and the van driver inform that they will come again at 10p.m to bring the body to the cemetery. My hubby asked can it be delayed to 10.30p.m as he wanted to wait for his younger brother..but the driver said no as the Bilal already set the time ..

Here's a picture taken by Nana during last raya ..this picture was taken on our way to Kg Melayu ...( Tok Mak's House)
To abah ..may u rest in peace & we will missed you... Al-Fatihah....

Wednesday, February 01, 2012

30012012

Hari Isnin lepas I was on leave sebab nak gi EPF & Bank...

Pagi-pagi lagi kami dah sampai kat EPF ..takut ramai orang ..tup-tup tgk cuma ada 5 orang jer yang menunggu ....alhamdulillah ....5 stars untuk kakitangan EPF JB yang buat tugasan dengan cekap & pantas.

Lepas dari tu kami ke Larkin Perdana , plan nak gi Tabung Haji & Bank Rakyat ..tup tup tengok black out....the whole stretch from Larkin to Tmn Suria blacked out....hampeh

Then hubby ajak ke Taman Pelangi jap....lepas sarapan baru kami ke Larkin Perdana balik..nasib dah ok .... hubby dropped me off at Bank Rakyat and dia balik jap nak ambil Cha .
Masuk jer dalam bank ...huiyo ramainya manusia...agaknya baru lepas cuti panjang....hmmm bertahun larr aku kena tunggu ni ... :-(
Tapi tak sampai 3 minit ..nombor aku dipanggil dan alhamdulillah pegawai yang attend aku pun baik. Alhamdulillah settled dah personal loan aku yang aku ambik since year 2007 , kalau ikutkan sampai end of 2012 baru habis bayar , tapi since aku dapat bonus aku settledkan semua, alhamdulillah syukur.

Sementara menunggu Mr R, aku duduk kat dalam bank tu ... dan aku tgk ramai gak orang wat urusan Ar -Rahnu. Dari pemerhatian aku lar kan ..rata - rata yang masuk berurusan dengan kaunter Ar-Rahnu tu lebih banyak lelaki dari perempuan.... pelik gak setahu akulah perempuan yang banyak pakai emas :-)
dan hamba allah sebelah aku tu macam tahu je apa dalam fikiran aku bila dia menegurku dan berkata " yang masuk semua banyak lelaki ..agaknya gadai emas bini dia orang agaknya " hahaha aku cuma tersenyum jer..

Kalaulah betul macam apa yang kakak sebelah aku tu cakap ..hai jenis lelaki apa lar camtu? ...patutnya sebagai ketua keluarga dia yang patut cari duit & sediakan segalanya untuk keluarga..ini terbalik kot....kesian para isteri.

Dah hampir 30 minit Mr R masih tak sampai ..so aku pun bergerak larr ke Bake Well untuk cuci-cuci mata , tgk apa barang baru yang ada....hmmmm last2 tak beli apa-apa pun except for a packet of Marshmallow untuk kudapan Danish... :-)

Dah hampir pukul 1.00 baru Mr R datang....and lastly kami ke Tabung Haji untuk buat tabungan bulanan sikit untuk anak-anak ......



Thursday, January 26, 2012

A thought for today.....

I was looking thru my FB and stumbled onto a post made by my friend, Jaslina.
The words captured my attention and I feel I'm obliged to share it with all my friends & families.
Here are the words which she posted on her wall today ...

  • Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riya’.Elakkan rasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.Racun ibadah adalah sikap riya’.

  • Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah sikap merasa diri lebih hebat
    Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap untuk menampal sulam kekurangannya.Tidak ada manusia yang sempurna dari segala segi ada kekurangan, ada kelebihan.
  • Sikap terbaik adalah bersederhana.Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, anda diam-diamkan pencapaian.Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
  • Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan.

  • Bak kata pepatah, apabila sudah berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah, supaya anda tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Marilah sama-sama kita berubah menjadi orang yang lebih baik :-)





Sunday, January 22, 2012

Cuti CNY.....





Wah..minggu ni marathon wat kek setelah lama diserang angin kemalasan.....ya larr kan azam thn 2012 ni nak start baking membaking balik hahahah . Since cuti panjang ..boleh lar terima tempahan ek? Nasib baiklah En R tolong picitkan bahu I yang lenguh ni hahahah....tapi xpe ...esok kami sekeluarga akan ke N9....... last minute arrangements by En R.... kami semua menurut perintah jer hahaha :-)

Tuesday, January 10, 2012

Your type of hair ?

Haha ....pagi ni terbaca petikan dibawah as I was blogwalking... so I thought I'd share it with you guys .....Korang tergolong dalam golongan mana??? 

1)  RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic , 
memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, 
romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, 
tidak suka termenung, 

3)   RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan 
pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan 

4) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, 
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan 
seseorang dengan kesilapan lalu. 

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, 
tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 

6) RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, 
dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 

7) RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial 
dan bijak lari daripada masalah. 

8) RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak 
kawan,dan pandai mengambil hati seseorang. 

9) RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan,
garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam 
mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. 

10) RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung,sosial sikit, 
berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri 

11) BOTAK - sendiri pikir.. 




hahaha.... I'm in the category 5 :-)

Friday, January 06, 2012

My new year resolution


 My new year resolutions ......to spend more quality time with my dearest family ... to be a better daughter, wife , sister & Mom....
 To start baking again :-) as towards the last quarter of 2011.. I was attacked by the "lazy" virus hahah
 Will try out more new recipes .to my dearest hubby better put your "diet" routine aside ..:-)
 Will bake and bake again LOL..

 And of course to improve myself spiritually & physically .....
 and also to spend more time with my parents & siblings as well....

Monday, January 02, 2012

A new year again ....


Alhamdulillah, we have entered a new year again... I was asleep when the clock strucked midnight. I've never been to a  New Year celebration whatsoever in my life....much preferring to rest up and have a good night sleep and woke up from bed on New Year's day feeling refreshed, bright eyed & ready to set the tone for how I want to do in the coming weeks & months :-).Nevertheless several texts & sms were received from my friends which awoke me at 12.05am !! yikes :-) Issh korang ni ...tak tidur lagi ke ? haha

After a few blurry seconds ..managed to get back into sleeping mode again & later woke up when someone kiss me on my cheek... owh how sweet my lil boy already awake & now snuggling at my hair....ni mesti x de kes lain ni ,,nak suruh Mama dia buat susu larr tu :-P. After passing him his milk and after solat..went down to my kitchen and look for things to make my family a good breakfast..

Then we spent a wonderful  yet peaceful day yesterday . I also managed to organized the kitchen cupboards, the kids wardrobe, went for a jog, baked a Marble Coffee Cheesecake took a nap with the kiddos in the afternoon, and later that nite thought a lot about my 2012 intentions. Because there's nothing like the start of another year to get us reflecting on what we'd like to do differently...rite?

For me, 2011 was a huge time of upheaval, and I know that it was for many of you as well. Here's to a 2012 that feels more settled. Here's to creating stability, to taking care of ourselves and of each other, to find the things.. big and small that would  make our life easier and more enjoyable for us all. I'll be thinking and sharing more of these topic here, so stay tuned. So here's s to a new beginnings !!


Wednesday, December 28, 2011

15 years ago , today.....


28/12/1996, 15 tahun sudah usia perkahwinan aku bersama suami tersayang, alhamdulillah.
Selama 15 tahun ni banyak kenangan manis & pahit yang telah kami lalui, walaupun kadang-kadang sukar.. tapi kami sentiasa sepakat mencari jalan penyelesaian &  tempuhi bersama...

Kami berkenalan sewaktu aku bertugas di Maybank , Skudai branch..Suamiku masuk bertugas disitu 6 bulan selepas aku , dan sebelum itu dia bekerja di Ban Hin Lee bank..
Pada waktu itu aku memang sedang berkawan dengan seseorang yang juga warga Maybank, tetapi beliau di Kuala Lumpur....Like people said....susah.. kalau long distance relationship ni heheh..
Aku masih ingat kata-kata suamiku masa mula2 kita gi dating...dia cakap masa mula2 dia report duty kat branch tu , dia kata akulah staff perempuan yang agak reserved & sombong... hehehe...
Susah jugak dia nak mendekati aku , sebab aku bukan jenis "gediks" hahahah....
Tapi kalau dah jodoh kan? Tak ke mana ya tak ?
Tak lama lepas kami berkawan aku di transferkan ke JB Main branch...so jarang larr kami jumpa...cuma keep in touch thru phone calls...One day tu dia call ..dia kata "Petang ni balik kerja , I ambik u " Rupanya malam tu dia bawak aku gi kedai emas...rupa2nya dia nak belikan aku cincin belah rotan dan minggu tu jugak dia hantar rombongan merisik .... sebulan lepas tu kami bertunang dan setahun selepas tu aku sah menjadi isteri kepada beliau.

To my dearest hubby -
Your arms are my castle , your heart is my sky...
They wipe away tears that I cried
The good and the bad times, we've been through it all,
You make me rise when I fall....