Salam,
Ramai yang call & sms tanya Deepavali jalan ke mana? Jawabku - x kemana-mana..
Lepas solat Subuh jer aku dah turun ke dapur ..kemas apa yang patut..mop , basuh pinggan etc...
Dah selesai tu semua buat breakfast & terus masak untuk tengahari.
Semalam En.Hubby request ...Sambal Sotong, Pucuk Paku masak lemak dgn labu & Kerang Rebus...
Then petang kita orang gi Danga City Mall ...ada Metrojaya Sale...
belum masuk lagi expo hall tu my bro in law call my hubby .Lepas 5 minit tu Hubby kata balik larr dulu ..malam nanti nak gi umah MIL.
Sebab dia nak jumpa MIL untuk bincang pasal FIL yang sedang sakit...
So kita org pun balik ..tak sempat window shopping....:-)
Kemudian balik rumah & rehat sekejap....lepas Maghrib & selesai tengok cerita Soffiya...:-) Nana mintak hantar dia ke umah my parents..as usual pantang ada cuti dia mesti nak camping kat Larkin..
Tiba sana...Danish pulak nampak orang jual Sate'... pakcik ni jual Sate since aku belum kahwin lagi..sate dia memang delicious... so apa lagi pucuk di cita ulam mendatang hahahah.....
Then tgh borak2 with my parents , my bro in law call lagi my hubby...then hubby ajak kami ke rumah parents dia...bcoz accdg to my bro in law , my MIL kecik hati sebab kena marah ngan one of her child.
Tiba sana , MIL terus nangis.. apa yang mampu kami cakap? Aku cuma cakap ...sabarlah mak... mungkin abah sakit ni dugaan buat mak ..mak banyak bersabar ya..
Lepas satu jam di sana kami pun pulang ke rumah. Lepas Isyak, both of us telan Panadol Actifast & tidur.....zzzzzzzz..
Thursday, October 27, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Pintu Langit
Allah S.W.T menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.
Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.
Pintu langit pertama Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit : "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."
Pintu langit kedua Selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit : "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia."
Pintu langit ketiga Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata : "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.
Pintu langit keempat Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit : "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.
"Pintu langit kelima Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit : "Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.
"Pintu langit keenam Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit : "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan.
"Pintu langit ketujuh Berkata Malaikat Sum'ah (ingin mahsyur) : "Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut."
*** Info ni aku dapat sewaktu aku surfing..so aku paste kat sini untuk dikongsi bersama..semoga sama2 mendapat manafaatnya ...
Thursday, October 06, 2011
Kenapa ek?
Lately ni kan pelik sungguh aku tgk segelintir orang2 ni....
Ada yang suka mengacau orang , ada yang suka bergaduh , ada yang orang x leh lebih dari dia ...ishh macam2.
Contohnya hari Isnin ari tu member aku call & meluahkan pada ku ttg perangai jirannya yang kalut... member aku bengang betul ngan jiran dia tu ..suka buang sampah kat rumah dia ....lepas tu bela kucing banyak dah tu kucingnya dok berak bersepah kat umah member aku tu heheh...aku cakap sabarlah...hidup jiran... Aku cakap jiran aku pun apa kurangnya...last weekend depa naik tembok jerman ...depa buat pun tak inform we all...sampai jiran depan tu call aku siap tanya " eh napa dia buat tembok camtu antara umah awak n dia ?" aku cuma mampu jawab " ntahlah nek..." Anak2 pun tanya "naper org sebelah ni Mama" , aku jawab biarlah ..dia nak cantik kan umah dia :-)
Then lagi satu member call pun ngadu pasal dia and kawan sekerja dia... semua suka berentap .... orang tu katanya tak leh tgk orang lebih...member aku tukar Sportage,,,orang tu pun tukar keta...tapi tukar Exora larrr ...member aku beli umah kat Seri Alam...dia pun sibuk cari rumah... member aku beli beg Valentino Rudy ...lat 2 hari minah tu pun beli gak ...hahah cian member aku ni..dia cakap dia tak paham jenis orang cam ni...dia tanya apa patut dia buat...
Aku kata kat dia " tak yah buat apa2... sebenarnya dia tu admire kat hang... that's why everything you do & have ..dia nak gak..." ok aper orang ikut kita..because we're the trendsetter , mereka yang suka mengikut ni "follower" hahah :-) betul tak ?
And yang lagi satu ni pasal satu minah sama tmpt kerja ngan aku pulak...aku pelik gak kat dia ni sebab cara dia berfikir memang tak alligned dgn orang lain kat sini..... and her thoughts & actions always prone towards negativity... dia suka timbulkan isu yang remeh temeh yang pada aku "buang karen jer" hahah... hari ni terbongkar satu rahsia tang dia...budak2 bawah bagi tau aku tadi... larrr tak ku sangka naperlah dia zalim sgt ..sampai orang yang nak cari rezeki berniaga nasi pun dia tak suka..haizzzzz... cian makcik warung tu....
Perangai manusia memang pelik2 & lain dari lain kan ....:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)