Wednesday, December 28, 2011

15 years ago , today.....


28/12/1996, 15 tahun sudah usia perkahwinan aku bersama suami tersayang, alhamdulillah.
Selama 15 tahun ni banyak kenangan manis & pahit yang telah kami lalui, walaupun kadang-kadang sukar.. tapi kami sentiasa sepakat mencari jalan penyelesaian &  tempuhi bersama...

Kami berkenalan sewaktu aku bertugas di Maybank , Skudai branch..Suamiku masuk bertugas disitu 6 bulan selepas aku , dan sebelum itu dia bekerja di Ban Hin Lee bank..
Pada waktu itu aku memang sedang berkawan dengan seseorang yang juga warga Maybank, tetapi beliau di Kuala Lumpur....Like people said....susah.. kalau long distance relationship ni heheh..
Aku masih ingat kata-kata suamiku masa mula2 kita gi dating...dia cakap masa mula2 dia report duty kat branch tu , dia kata akulah staff perempuan yang agak reserved & sombong... hehehe...
Susah jugak dia nak mendekati aku , sebab aku bukan jenis "gediks" hahahah....
Tapi kalau dah jodoh kan? Tak ke mana ya tak ?
Tak lama lepas kami berkawan aku di transferkan ke JB Main branch...so jarang larr kami jumpa...cuma keep in touch thru phone calls...One day tu dia call ..dia kata "Petang ni balik kerja , I ambik u " Rupanya malam tu dia bawak aku gi kedai emas...rupa2nya dia nak belikan aku cincin belah rotan dan minggu tu jugak dia hantar rombongan merisik .... sebulan lepas tu kami bertunang dan setahun selepas tu aku sah menjadi isteri kepada beliau.

To my dearest hubby -
Your arms are my castle , your heart is my sky...
They wipe away tears that I cried
The good and the bad times, we've been through it all,
You make me rise when I fall....


Tuesday, December 13, 2011

Short break continues....


Our last stop KLCC ..sebab bebudak ni nak gi lagi Petrosains. Alasan mereka bagi ...masa 1st time datang dulu mereka kecik lagi & Danish pun masih baby ( Henna duduk kendong Danish :-) )
 The night before kiddos ajak pergi main Snow kat I-city.... last time datang just jalan2 kat pokok2 lampu ..x sempat masuk Snow House ni....entrance fees dia for Malaysian kalau tak silap RM25 for adult & RM20 for kids....
 Winter Jacket ni di beri sekali cuma kita kena sewa boots...org tu ckp tak boleh pakai kasut biasa..sebab sejuk sangat... Boots to sewa RM10 & deposit RM10/seorang, means untuk kami 5 beranak kena bayar RM100 & RM50 tu refunded masa keluar ....
 Hero ku teruja....orang lain sejuk mengiggil dia rileks jer ....
 masa ni dah sejuk dah....
 Danish with Spongebob....
 Siang sebelum gi I-City tu , hubby ajak pergi Taman 4 Musim kat Bukit Cerakah....

 Jambatan gantung....

 Ni kat dalam rumah 4 musim tu....Nov ~ Dec ni musim Salji ......





Monday, December 12, 2011

Short Break part II

Oklarr till next n3.....:-)

Tak boleh lama2 kat sini...semua benda dia nak beli .."bengkok" Mama

Tengok tu siap posing lagi :-)





Selepas solat Zuhur kami pun keluar jalan-jalan cari makan di area Shah Alam ni....pusing punya pusing ...anak bujang ku ternampak sesuatu yang dia suka..hmmmmm ..so terpaksa larr kami makan disitu ...:-)


Ini adalah bilik kami ..ada 2 queen size beds plus ada buai lagi haha :-)

Anak2 daraku sempat berposing :-)


Kali ni kami pilih Hotel D'Art kat Seksyen 7, Shah Alam untuk penginapan kami. Hotel ni menarik & cantik pada kami
walaupun ianya rumah kedai yang di "convert" menjadi hotel. Kami opt for Family Room dan rate nya adalah RM185/per nite tapi sebab school holidays...add on RM10.so jadilah RM195/per nite...

Kali ni kami diberi bilik theme " ZEN".

Untuk keterangan lanjut tentang jenis2 room themes bolehlah surf website mereka ya http://www.hoteldeart.com.my/index.php


Thursday, December 01, 2011

A Short Break





Haizzzz it's already December and we will usher into a new year again...
hmm how time flies ....

Schools are out and the kiddos hv bn pastering me & Mr Hubby to go for family getaway....actually we've been planning to go to Perak during the Sultan's bday..but we postponed it as lot's of things hv came out e.g ..Danish is still schooling as Smart Reader final term is not the same as the rest of the schools..and the fact that my FIL is still not well....and also need to attend my cousin wedding...

Anyway... we managed to go to Shah Alam last week....it was kind off a last minute arrangements...hahah since Mr.Hubby got some errands in KL...we all tagged along ....


We noticed that there are Aladdin the Musical at Sunway & Barney Space Adventure at KLCC... but we didn't go to any of these 2 hahahah...becoz the kiddos are not interested this time round hmmmmm... weird ....:) maybe they are used to these kind of event hahah ..

Anyway it was a fun weekend..we got to do lots of activities and spend quality time with our kiddos ....

Will post the pics in my next N3....

Wednesday, November 23, 2011

221111

Our first child was born 12 years ago...kami berkahwin pada tahun 1996 dan pada 1999 baru kami dapat cahayamata kami yang pertama. Lambat sikit dapat ...tapi mungkin Allah nak beri kami rezeki lain e.g Rumah sendiri , kereta dll....
Dan pada 22-11-99, aku selamat melahirkan anak perempuan sulung kami yang kami namakan Nurul Batrisyia yang bermaksud Cahaya Cerdik Pintar....
Anakku ini aku breasfeeding dia exclusively selama hampir 4 tahun...alhamdulillah susu ku sentiasa cukup untuk beliau...

Batrisyia anak yang penyayang , baik hati dan sentiasa beralah dengan adik -adiknya.. beliau selalu menjadi pendengar setia Mama bila Mama ada masalah atau sebagainya....beliau juga sangat peka jika adik -adiknya sakit atau punya masalah....sesuai dengan titlenya sebagai Kak Long.


Dia juga tidak suka meminta-minta since dari kecil... kalau jalan ke shopping complex etc... beliau akan bermain dgn anak patung etc... tapi tak pernah merengek atau meminta kami membelikan untuk dirinya...


Semalam pula ulang tahun beliau yang ke 12... alhamdulillah sekejap jer masa berlalu.... kepada anak mama Batrisyia....Mama doakan agar Cha menjadi anak yang patuh kepada ibubapa serta berjaya di dunia & akhirat ...amin....





Friday, November 18, 2011

Last day of school



Salam... pejam celik - pejam celik dah penghujung minggu persekolahan bagi tahun 2011.Dan semalam kami berdua ke sekolah anak sulung kami untuk mengambil keputusan UPSR.


Walaupun anak kami tidak dapat mencapai 5A...kami tetap bersyukur dengan keputusan yang beliau perolehi..amin....



Dan kepada 83 anak2 yang telah mendapat 5A di SKBU2 , JB ..kami tumpang gembira & kami ucapkan tahniah. Kepada puteri sulung kami ..masih jauh perjalanan yang harus Cha tempuhi dan yang paling penting Cha terus berusaha, berdoa dan semoga untuk PMR akan datang ..Cha akan lebih berjaya...amin...

Friday, November 11, 2011

11-11-11



Salam ... todays n3 is about the above special date . It is said that this date only occured every 100 years..yup we need to re-live another century to experience it again :-)


All over the news and internet reported that thousands of people will tied their knot today....to all hubby to be ...no reasons for you to forget your anniversary date hah? hahah :-)


And I guess many Ob Gyn doctors will be really busy today performing C-Sec...as many parents had chosen this date too :-)

And all the babies born today in M'sia will have nice number in their future My-Kad (111111-xx-xxxx).....yup...:-P


As for me ..it is just another simple..ordinary day & a co- worker asked me this morning " Kak Lin ..ari ni special kan? Ada plan apa2 ari ni ?"

I answered " Ya...memang special , x de specific plan pun ..:-)

Macam biasa..aku akan terus berusaha memperbaiki diri semoga menjadi insan yang lebih baik..amin ...

Tuesday, November 08, 2011

Happy Birthday to Nana....

Happy Birthday to you ..happy bday to you.... happy bday to Wardina..Happy Bday to you....:-)

Anak mama yang kedua ni lahir pada 08-11-2002..masa tu mama masih bekerja di HMAL ...masa preggie kan Nana memang tak de masalah.. cuma masa tu mama selalu kena travel naik turun kapal terbang atas urusan tugas... dan at the end of pregnancy ..ada complication sikit ..air ketuban bocor & baby dah lemah...Dr Ding terus tahan mama & scheduled ceasar on the same day......


Tapi alhamdulillah Nana lahir sihat ....berat masa keluar 3.35kg.

Nana tak banyak menyusahkan , berdikari , berani dan penyayang....


To Nana..Mama will always love you and mama doakan semoga Nana menjadi orang yang berjaya di dunia & akhirat ...amin .....



Saturday, November 05, 2011

Al- Fatihah...




As salam.... pada 4/11/11 @ 8.41a.m aku terima panggilan dari Lin ..khabar sedih rupanya...Mak Long yang aku ziarah seminggu sebelum.... telah pulang ke rahmatullah...pada pukul 7.40pagi di HSA.



Kami sekeluarga mendoakan agar Almarhumah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah…



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”



(QS. Ali Imran : 185).

Thursday, November 03, 2011

Hmmm....?



Salam..

Pejam - celik, pejam - celik dah masuk bulan November ...sekejap jer kan ? Budak2 tgh exam sekarang ni ...kesian tgk dia orang, tgh2 exam ni demam pulak...Cha sakit tekak, Danish batuk & tadi Nana called cakap dia muntah & not feeling well... I suruh dia minum air masak banyak sikit.....Ya Allah lindungilah anak2 ku & permudahkan lah segala urusan mereka hari ini ..Amin.



Aku pun dah siap dah month end reports..alhamdulillah bulan ni tak banyak problem... semua dah settle except for daily tasks larrr...Calendars & Sunshade need to arrange for deliveries...for customers. This year no diaries heheh...budget cut ..hahah.Esok my boss nak wat yearly appraisal with me..haha hope for the best :-)

Last weekend my SIL mintak tolong masak kan kuah Mee Rebus,sebab dia nak buat Yassin for her son 1st bday.Plan lepas hantar kuah nak ke Pontian lawat orang sakit tapi plan changed sebab dapat SMS fm my other SIL , katanya Mak Long admitted to HSA , consider critical gak larrr.So kami pun pergi lar melawat ..kesian tgk Mak Long...nampak weak ...


As for my FIL pulak , my MIL suggest nak hantar dia balik ke HSA. Sebab MIL dah bincang dgn adik beradik dia ...as for us ...kami tak kisahlarrr...kami ikut jer larr apa keputusan mak.Sebab hari tu MIL kata nak cuba holistic approach pulak & suruh hubby bawak gi Darussyifa... Semalam MIL called hubby tanya bila nak gi Darussyifa...hb ckp insyaallah hari Jumaat or Sabtu ni...insyaallah.


Masuk bulan November ni ada bday cake swhich I need to bake.... ishhh isshhh isshhh siap request lagi...yang besar nak Smurfette , yang second nak Angry Birds & third one pun nak cake ...eventhough it's not his bday after all hahahah :-)....insyaallah ..kalau sempat & jika kesihatan mengizinkan Mama akan buatkan ...

Hb pulak recently dapat job offer ...he asked for my opinion.....I just said to him .."just go with your instincts ..I'm always behind u & support your decisions etc....".Hopefully he will made the right decision..with Allah guidance..Amin...

Hari ni rasa rindu pulak pada Mak & Apak.. insyaallah weekend ni ziarah mereka ....


HmH

Thursday, October 27, 2011

Cuti Deepavali ...ke mana kita?

Salam,
Ramai yang call & sms tanya Deepavali jalan ke mana? Jawabku - x kemana-mana..

Lepas solat Subuh jer aku dah turun ke dapur ..kemas apa yang patut..mop , basuh pinggan etc...
Dah selesai tu semua buat breakfast & terus masak untuk tengahari.
Semalam En.Hubby request ...Sambal Sotong, Pucuk Paku masak lemak dgn labu & Kerang Rebus...

Then petang kita orang gi Danga City Mall ...ada Metrojaya Sale...
belum masuk lagi expo hall tu my bro in law call my hubby .Lepas 5 minit tu Hubby kata balik larr dulu ..malam nanti nak gi umah MIL.
Sebab dia nak jumpa MIL untuk bincang pasal FIL yang sedang sakit...
So kita org pun balik ..tak sempat window shopping....:-)

Kemudian balik rumah & rehat sekejap....lepas Maghrib & selesai tengok cerita Soffiya...:-) Nana mintak hantar dia ke umah my parents..as usual pantang ada cuti dia mesti nak camping kat Larkin..
Tiba sana...Danish pulak nampak orang jual Sate'... pakcik ni jual Sate since aku belum kahwin lagi..sate dia memang delicious... so apa lagi pucuk di cita ulam mendatang hahahah.....

Then tgh borak2 with my parents , my bro in law call lagi my hubby...then hubby ajak kami ke rumah parents dia...bcoz accdg to my bro in law , my MIL kecik hati sebab kena marah ngan one of her child.
Tiba sana , MIL terus nangis.. apa yang mampu kami cakap? Aku cuma cakap ...sabarlah mak... mungkin abah sakit ni dugaan buat mak ..mak banyak bersabar ya..

Lepas satu jam di sana kami pun pulang ke rumah. Lepas Isyak, both of us telan Panadol Actifast & tidur.....zzzzzzzz..

Tuesday, October 25, 2011

Pintu Langit




Allah S.W.T menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.

Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.



Pintu langit pertama Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pintu langit : "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."



Pintu langit kedua Selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit : "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan di dunia."



Pintu langit ketiga Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata : "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai.



Pintu langit keempat Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit : "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.



"Pintu langit kelima Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit : "Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.



"Pintu langit keenam Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit : "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan.



"Pintu langit ketujuh Berkata Malaikat Sum'ah (ingin mahsyur) : "Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut."


*** Info ni aku dapat sewaktu aku surfing..so aku paste kat sini untuk dikongsi bersama..semoga sama2 mendapat manafaatnya ...

Thursday, October 06, 2011

Kenapa ek?


Lately ni kan pelik sungguh aku tgk segelintir orang2 ni....


Ada yang suka mengacau orang , ada yang suka bergaduh , ada yang orang x leh lebih dari dia ...ishh macam2.



Contohnya hari Isnin ari tu member aku call & meluahkan pada ku ttg perangai jirannya yang kalut... member aku bengang betul ngan jiran dia tu ..suka buang sampah kat rumah dia ....lepas tu bela kucing banyak dah tu kucingnya dok berak bersepah kat umah member aku tu heheh...aku cakap sabarlah...hidup jiran... Aku cakap jiran aku pun apa kurangnya...last weekend depa naik tembok jerman ...depa buat pun tak inform we all...sampai jiran depan tu call aku siap tanya " eh napa dia buat tembok camtu antara umah awak n dia ?" aku cuma mampu jawab " ntahlah nek..." Anak2 pun tanya "naper org sebelah ni Mama" , aku jawab biarlah ..dia nak cantik kan umah dia :-)

Then lagi satu member call pun ngadu pasal dia and kawan sekerja dia... semua suka berentap .... orang tu katanya tak leh tgk orang lebih...member aku tukar Sportage,,,orang tu pun tukar keta...tapi tukar Exora larrr ...member aku beli umah kat Seri Alam...dia pun sibuk cari rumah... member aku beli beg Valentino Rudy ...lat 2 hari minah tu pun beli gak ...hahah cian member aku ni..dia cakap dia tak paham jenis orang cam ni...dia tanya apa patut dia buat...

Aku kata kat dia " tak yah buat apa2... sebenarnya dia tu admire kat hang... that's why everything you do & have ..dia nak gak..." ok aper orang ikut kita..because we're the trendsetter , mereka yang suka mengikut ni "follower" hahah :-) betul tak ?

And yang lagi satu ni pasal satu minah sama tmpt kerja ngan aku pulak...aku pelik gak kat dia ni sebab cara dia berfikir memang tak alligned dgn orang lain kat sini..... and her thoughts & actions always prone towards negativity... dia suka timbulkan isu yang remeh temeh yang pada aku "buang karen jer" hahah... hari ni terbongkar satu rahsia tang dia...budak2 bawah bagi tau aku tadi... larrr tak ku sangka naperlah dia zalim sgt ..sampai orang yang nak cari rezeki berniaga nasi pun dia tak suka..haizzzzz... cian makcik warung tu....


Perangai manusia memang pelik2 & lain dari lain kan ....:-)

Friday, September 23, 2011

Happy Birthday to me ...

Salam... 1st of all I would like to take this opportunity to thank all my families & friends for the kind wishes received , terima kasih banyak :-)
Yang wish verbally, thru phone, sms & message at my Wall @ FBook ....

Orang yang first to wish me ..of course Mr Hubby :-)
Actually on 21/9... aku gi check up @ Hospital for my thyroid review.. then I was given MC by the doctor ..perhaps she wanted me to relax at home...

Tgh relax2 kat rumah around pukul 11.30pagi, hubby balik and tanya " Yang..esok you cuti ke kerja? " and I replied " Kerja ..esok ..."
Then he said " If that is the case , let's celebrate ur bday today " and I said " Ooooo kkkk "
Lepas tu dia ambik my passport & his passport and tulis white card tu... I tanya " Nak gi spore ke?" he replied " yes.. bosan arr kat JB tak de tmpt menarik .."
And so..we went to Spore that day... and we lepak at Bugis Junction ....
selepas ronda2, makan2 & shopping sket ..we headed home....

Malamnya pulak he asked me " Yang ..you nak hadiah u tonite ke tmrw?" I replied..."mana2 larr yang... I xkisah :-) "
Then he handed me the gift... alamak dear.. I suka sangat-sangat benda tu ...thank u so much... muahhhsss xoxoxox :-) I asked" Bila u beli ni?" Dia jawab " semalam "..tq dear :-)

So on my bday 22/9... lepas solat subuh dapat message pulak from my dad... tq Apak for the kind wishes :-) Lepas tu anak2 pulak wish me :-)

And semalam balik dari kerja .. Nana bagi present..walaupun kecik ..mama tetap suka ( it's the thoughts that counts kan Nana :-)
then..lepas Maghrib hubby bawak kami anak beranak ke Danga Bay ...yup we ols pergi try makan kat tmpt baru ni.... kalau tak silap ni cawangan mereka yang ke 17 ke 18....

Verdict : Hmm ... ok larrrr.... saper yang suka makan Ikan Bakar disyorkan datang sini :-) Tempat dia cantik ...& selesa..

Lastly...alhamdulillah semoga Allah beri ku petunjuk & hidayah bagi memperbaiki lagi diri ku ini ..amin...
P/s to my dearest Hubby ..thank u so much for making my birthday a memorable one....:-) LOL...








Tuesday, September 20, 2011

Alhamdulillah




Alhamdulillah...UPSR dah selesai....selamat dah anak mama yang sulung.Mudah2an resultnya nanti yang terbaik..amin....

Mama pun rasa relief sangat....


Rata-rata kawan-kawan mama yang anak2nya dah selesai meduduki UPSR pun shared the same feeling kan? Stress kan bila anak2 meduduki periksa2 penting ni...

Esok PMR & SPM lagilarrr Mama stresss ..adoyai....



Tahun ni sampai habis cuti Mama..mana taknya...asyik kena attend PTA meeting memanjang... tapi bagus juga usaha murni Guru Besar serta para guru di SKBU2 ni...they all nak semua murid2nya 100% lulus UPSR.




So till next 3 years ...Mama will have the same cycle for Nana ....haiz..... mintak dipermudahkan larr nanti Amin...




Wednesday, September 07, 2011

Budak-budak sekarang...aduhai...

Salam... ari ni N3 berkisar ttg budak2 sekarang....
Zaman2 akakkk dulu...mana ada internet ..handphone, I-PAD , I-POD ni semua... time tu dok main pondok2 , main anak patung ..kalau dapat main Monopoly and Master Mind tu kira dah meletopss larr tu ...hahah

Zaman IT sekarang ni anak2 kita dari pre-school pun dah didedahkan pada computers etc...
Rata-rata kawan2 sekolah anak ku semua ada handphone ...si Kak Long & Kak Ngah dok merengek nak handphone since last year...tapi aku wat bodoh jer.... depa dok tanya my hubby ..my hubby cakap go and ask from the Minister Of Finance ...( well En Rahmat ...you're not helping ...wah3 dok perli aku lagi ya :-) ).

Nak jadikan cerita this year anak sulung aku kena tinggal bas hampir 3 kali and terpaksa jalan balik ke Taska & ada 1 time tu duduk from pukul 4 ptg ~ 630ptg kat sekolah tu... kesian dia... nak pakai public phone kat sekolah ...as usual out of service...cikgu dah siang2 cabut... nasib larr ari tu aku tergerak lalu depan sekolah agama tu ..tup2 nmpk ada budak melambai2 kat aku...larrr ..anak sulung ku rupanya...ish3 tinggal dia sorang ngan pak guard tu... nasib x de apa2 ..syukur alhamdulillah...

Then last month ada PTA meeting , guru besar depa ada ckp ..dia kasi students bawak handphone provided it must always be set to silent mode ..and can make calls during recess and after school...
So selepas berbincang ngan "Prime Minister" kat rumah tu ..so we all setuju belikan our doters handphones...

Aku & hubby dah set budget will only be around RM150 max..., tapi budak2 ni cerdik kan? so depa proposed " Mama..mama & abah x yah kuar duit larrr beli hp kita orang... kita orang guna duit raya kita orang "
Sebab depa tau kalau Mama dia beli mesti H/p yang basic jer kan? Hahah pandai anak aku yerrr ?

So semalam gi Angsana ,,,si Kak Long pilih CSL Princess ni ..price RM299..kata sales girl tu ni limited edition.. because it comes with Swavroski Crystal..kotak dia pun cantik...

http://phingelicious.com/2011/08/csl-blingy-phones/

Yang Kak Ngah plak ...opted for Samsung Champ... sejak aku hadiahkan Samsung Galaxy pada Hubby for his bday ari tu ..si Kak Ngah ni berkenan pulak ngan Samsung apps ..dia nak beli Samsung Corby .. tp out of stock... yang ni RM199


Both of them has not stop beaming since last nite....:-)



Saturday, September 03, 2011

Syawal 2011



Alhamdulillah ... pejam celik - pejam celik dah masuk bulan Syawal...Tahun ni rasa sekejap sangat berpuasa...mudah-mudahan bertemu lagilah hendaknya aku dengan Ramadhan yang penuh barakah tahun depan ..insyaallah...




Raya tahun ni ...kami sekeluarga sambut dengan penuh sederhana... baju pun tak banyak yang kami beli.. baju kurung aku cume beli sepasang , same goes to my hubby... cuma we all beli untuk anak-anak je.Langsir pun since pindah BBU in 2009 tak bertukar lagi.


Cuma this year we all dapat dapur baru, alhamdulillah lebih selesa untuk sedara mara melepak bila berkunjung ke rumah kami...




Plan nak buat Macarons larrr, Rainbow cake larrr...dah siap janji ngan cousins tapi lastly suma tak sempat...kesian my cuzs....nasib smpt wat Red Velvet itu pun nasib baik jumpa Buttermilk kat Carrefour..




Initial plan tak nak masak apa2 tahun ni..tapi disebabkan my FIL sakit and MIL x masak apa2 so my hubby asked me to cook Mee Rebus..


Since my mom dah masak laksa & sedara mara lain ada yang masak Nasi Minyak, ketupat & rendang...so we opt for Mee Rebus lagipun my brother & MIL suka Mee Rebus. Itu pun last minute pergi beli barang ...haha..




My workplace pulak.. declared 29/8 ~ 2/9 plant shutdown ..so month end closing kena wat earlier by 26/8/2011...itu yang kelam kabut naik boat...nasib sempat ...phew :-) 26th tu sampai balik lambat ..sampai2 umah dah azan , nasib baik my beloved dah masak, tq laling..muahs :-)and 27~ 29/8 baru start kemas rumah hahah... ambik ko ...macam lipas kudung kami anak beranak ...




1st Syawal kami bertolak ke umah my mom pun lambat ..sebab hubby solat kat masjid BBU je ..x macam tahun2 sudah solat kat Masjid Larkin.. lepas solat kasi dia makan dulu , rehat dulu baru gerak ke Larkin.. itu pun my brother dah sms kenapa lambat? sebab nak ambik gambar 1 big happy family...




Tahun ni my dearest cousin Ina balik beraya from US.. seronok dapat jumpa... anak2 depa cute mute. mulut dok "speaking " jer... seperti biasa kalau Ina balik mesti ada ole2 untuk ku ... last time dia bagi handbag Nine West , this year dia bagi Perfume & Body Lotion..thanks cuz...




Plan nak bawak my parents gi raya ke N9... tapi cuti ku cuma tgl seciput..plus my doter nak UPSR... so tgklah nanti camner...




Dah naik kerja ni suma office mate tanya bila nak wat open house kak lin? Aku jawab " datang jer lah ..nnt akak masaklah apa yang patut " .


Kawan tmpt office lama ada yg message " kak lin nak raya umah akak bleh? nak special request "baked pasta" . Heheh macam2...


itu belum masuk member 2 ex- Sigs lagi... adoyai... banyak betul requests hehe...




Oklah till here dululah my ramblings... till next N3...


Thursday, August 18, 2011

Hidup berjiran



Islam mengajarkan bahawa antara sesama muslim adalah bersaudara serta setiap individu diseru supaya berbaik-baik,dan bantu-membantu dalam semua usaha dan perkerjaan yang menuju kebaikan sesuai dengan tuntutan Allah.


Jiran sebagai saudara terdekat mempunyai tempat yang khusus dalam Islam hinggakan baik buruk berjiran merupakan ukuran iman sesorang.
Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah berlaku baik terhadap jiran tertangganya,sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik dan diam sahaja.



Hadis Rasulluallah (swt) ini menyeru manusia supaya memuliakan jiran, memelihara hak-haknya dan berbuat ehsan kepadanya dengan segala macam kebaikan menurut kemampuan seseorang. Contohnya, memberi hadiah, menghilangkan kesulitannya, membantu apa yang diperlukan, menolak segala gangguan serta ikut menaggung kesedihannya.


Jiran tetangga yang dimaksudkan ialah keluarga yang tinggal di persekitaran kita, iaitu empat atau lima puluh rumah dari setiap sudut. Merekalah yang mula-mula sekali wajib perlakukan dengan baik sebelum keluarga lain, iaitu dengan menjaga air muka agar sentiasa manis tanpa ada tanda-tanda permusuhan atau kebencian, saling memberi apabila mendapat rezeki lebih, menahan rasa dengki atau sakit hati yang di timbulkan oleh jiran lain dan menahan diri daripada membalas terhadap jiran yang telah menyakiti hati kita.



Demikianlah kewajipan hidup berjiran. Apabila kewajipan-kewajipan ini telah dapat diamalkan oleh setiap orang yang berjiran, nescaya tercipta suasana tenang dan tenteram dan penuh kedamaian. Allah telah berfirman:
Sembahlah Allah dan janganlah mempersekutukannya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, sahabat serta saudara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jauh, rakan sejawat, Ibnu Sabil dan hamba sahayamu. Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri. (An Nisa' :36)


Sebaik-baik kawan menurut penilaian Allah adalah orang yang paling baik terhadap kawannya dan sebaik-baik jiran menurut penilaian Allah (swt) adalah orang yang baik terhadap jirannya.


Seorang akan merasa bahagia apabila tinggal dikalangan masyarakat yang prihatin dan menghormatinya. Sebaliknya jika seorang tinggal dikalangan masyarakat yang terdiri daripada mereka yang buruk perangainya, gemar menggangu ketenteraman, jiwa dan sebagainya akan menjadikannya sengsara. Perilaku seburuk ini tidak mungkin ditunjukan oleh seorang mukmin.




Oleh kerana itu Nabi Muhammad (saw) amat menegaskan hal ini sehingga beliau bersumpah tiga kali bahawa bukanlah seorang mukmin sehingga jirannya bebas dari keburukan-keburukan atau bencana yang ditimbulkan oleh orang tersebut.


Nabi (saw) bersabda:
Demi Allah tidak beriman orang itu. Seorang bertanya, Siapakah orang itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab, "Orang yang jirannya tidak aman daripada bencananya."
(Bukhari, Muslim Ahmad dan lainnya)


Adapun yang dikatakan menyakiti hati jirannya ialah segala tingkah laku yang dapat mengusik ketenteraman seperti mengintap rahsianya, menggangu hak miliknya, menyebarkan keburukannya dan lain-lain.



Tuesday, August 09, 2011

Apakah cita-cita kamu bila besar nanti?...




Lalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja...
Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini.




Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'.



Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja.

Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..". Inikah makna sebenar kerja pada kita?


Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita.



Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?".

Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!".



Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.



Niat Pemangkin Semangat
Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha.



Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".



Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti.




Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".



Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah.




Sabda Rasul SAW,"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)



Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah.



Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan.




Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.





Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita.



Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini.





Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan!
Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengular' selama satu minit sahaja.


Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah.



Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan.


Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas.Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.


Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT,
"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)


Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.


Mudah-mudahan...Amin.






** Article taken from I Luv Islam

Tuesday, July 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO MY 2 HEROS

Happy Bday to my 2 heros who celebrated their bday in July... 2 my 2 Leos... I love both of you very much & may Allah blessed both of you ...Amin....:-)