Friday, October 31, 2008

My first order:-)


Salam ...


I've got my first order today.....

Syukur alhamdulillah :-)

Mudah-mudahan semakin berkembanglah my second business ni :-)

Friday, October 24, 2008

Pizza ....


PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in:-


350 g tepung roti (strong white bread flour)
1 sudu kecil garam (paras rata)
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera (easy blend dried yeast)
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti dgn minyak masak jika suka
Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dalam air.
Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat


Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula


Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan

Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
Bakar semula sehingga keju cair


SOS TOMATO
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat


BAHAN UNTUK TABUR

200 g sayuran campur beku ( Mixed Vege )
5-6 cendawan butang }dihiris nipis
125 g parutan keju mozzarella
125 g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam } dipotong nipis direbus sehingga masak

Celur semua sayuran didalam air mendidih selama 1 minit kemudian toskan atau pun masak dlm microwave selama 1 minit High Power.


**Inti boleh di ubahsuai mengikut cita rasa masing-masing samada nak letak isi ayam, sosej, udang, sotong yg telah direbus/celur terlebih dahulu atau masak dlm microwave selama 1-2 minit High Power


Peringatan penting: Utk membuat base pizza, cara mengadun berbeza mengikut jenis yis yg digunakan jika guna yis segera yg boleh dicampurkan terus ke dlm tepung ikut cara spt diatas tetapi:

A. jika anda menggunakan yis basah (fresh yeast) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 10 g hendaklah dihancurkan yis tersebut dgn 75 ml air suam dan dibiarkan selama 10-15 sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung dan masukkan baki air 150 ml kedlm tepung (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

B. jika anda menggunakan yis kering biasa (bukan jenis segera) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 5 g kena campurkan yis tersebut & 1/4 sudu kecil gula kedlm 75 ml air suam dan dibiarkan sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung bersama baki air 150 ml. (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)


Note!!: Utk mengetahui yis tersebut jenis segera atau tidak baca arahan mengguna di paket jika yis tu boleh dimasukkan terus kedlm tepung bermakna yis tersebut adalah yis segara (easy blend) tetapi jika yis tersebut perlu dibancuh dgn sedikit gula dan air suam bermakna yis tersebut bukan yis segera

Thursday, October 23, 2008

Penyakit Hasad Dengki


Mengapa ramai orang yang dengki ke atas nikmat yang Allah SWT beri.

Dalam surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub menasihati Yusuf supaya tidak menceritakan perihal mimpinya itu kepada saudaranya.


Disebabkan Yusuf bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau pun mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka.


Akhirnya kedengkian dan hasad merasuk ke dalam hati saudara kandungnya sendiri sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.


Sesungguhnya kisah Nabi Yusuf memberi pengajaran kepada kita supaya berwaspada apabila mendapat suatu anugerah atau nikmat yang hebat.


Janganlah disebut dengan kebanggaan berlebihan hingga menimbulkan rasa cemburu orang yang mendengarnya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang mengalami mimpi baik dalam tidurnya, hendaknya dia tidak menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Penyakit HASAD menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si KAYA atau MISKIN, orang ALIM atau tidak berilmu, PEMIMPIN atau rakyat jelata, mereka semua terdedah dengan hasutan syaitan.

Ramai yang lupa bahawa sebenarnya sifat dengki yang bersarang di dada itu menunjukkan mereka berani melawan ketentuan Allah SWT ke atas diri hambanya yang lain?


Bukankah bermakna dia musuh kepada nikmat Allah SWT kerana tidak mahu akur dengan qada’ dan qadar Allah SWT terhadap saudaranya.


Sememangnya si pendengki sudah membuka pintu permusuhan bukan hanya kepada orang yang didengki namun kepada Tuhan yang memberi kebaikan kepada saudaranya itu.


Seolah dia berkata: “Tuhan tidak betul membahagi nikmat!” Pada hakikatnya dia juga berkata: “Tuhan tidak adil!”

Dan yang paling teruk lagi dia berkata: “Tuhan zalim kepadaku!”


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka.


Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya.


Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun.

Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Ali Imran, ayat 120)


Begitulah lumrah kehidupan, kita memerlukan hati yang sabar dan takwa untuk tetap tegar di atas pengkhianatan dan kejahatan orang yang mendengki.


Sabar bukan bermakna duduk dan menangis sambil menadah tangan ke langit tetapi enggan berusaha membina kekuatan.


Tetapi di atas kedengkian orang lain anda mesti lebih menyerlah dan tidak mengaku kalah. Kerana sesungguhnya Allah SWT memberi kejayaan bagi orang yang mahu berusaha bukan untuk mereka yang lemah dan takut menghadapi hidup.


Manusia boleh mendengki tetapi Allah SWT tetap membahagi menurut qada’ dan qadarnya, bukankah sia-sia saja melawan ketentuan Allah terhadap saudara kita?.
p/s Biasalah ...tak semua senang hati melihat kesenangan kita. Siapa yang sentiasa bersifat begini hatinya penuh dengan ulat....

Masak apa?

Nak masak ni lah hari ni :-)




Bahan-bahan:
6 keping tortilla
2 keping dada ayam
1 biji capsicum merah } dipotong memanjang berukuran 4 cm
1 labu bawng besar } dipotong dadu
2 ulas bawang putih } dicincang halus
sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
sedikit minyak untuk menumis
mayonis-jika suka boleh gantikan dengan sour cream
sos tabasco
daun salad -dipotong
timun - dipotong

Cara membuat:
Dada ayam dipotong memanjang berukuran 4 cm panjang dan 1 cm lebar.
Perapkan isi ayam yg telah dicuci dan ditoskan bersama serbuk kunyit, garam dan ketumbar.

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak.
Akhir sekali masukkan capsicum, kacau seketika dan boleh diangkat.

Ambil sekeping tortilla, sapukan dengan sedikit mayonis, letakkan salad, timun, campuran ayam tadi dan sedikit sos Tobasco.
Lipatkan tortilla menjadi spt poket. Sedia untuk dimakan.
Yummy.....

Tuesday, October 21, 2008

Luka yang paling menyakitkan


Salam...got this from one of the blogger page ....... :-)


Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.

Kehilangan orang yang sangat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli denganmu sama sekali.

Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta .... dan tidak mengundangmu sama sekali.

Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia ..... dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya, sehingga membuat orang berfikir kamu tidak dipeduli.

Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang dilupakan.

Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik.

Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa.

Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu yang paling dalam, mentertawakan kamu didepan wajahmu.

Ketika kau memerlukan seseorang untuk menaikkan semangatmu, tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang yang masih peduli denganmu iaitu ........ kamu sendiri.

Hidup memang penuh penderitaan, tapi akankah ia bertambah baik??? akankah semua orang saling peduli, dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan ?

Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan.

Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan bahawa kita menyayangi mereka.

Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak mempedulikan kawan-kawanmu.

Kau hanya akan diabaikan...... dilupakan..... seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!!


**Puisi ini ditulis oleh seorang pria yang telah membunuh dirinya, mungkin jika orang- orang sekitarnya ingin menunjukkan sedikit rasa sayang/cinta/kasih dan memberikan lebih banyak perhatian kepadanya, kematiannya tidak akan pernah terjadi.


Ingatlah, sewaktu kita memasuki kehidupan seseorang, kita tidak dapat menilai kesedihan, kesepian atau perasaan putus -asa diri mereka hanya dari ekspresi muka/fisikal.

Kau perlu mengenalinya lebih dalam lagi, menghargai mereka, dan tunjukkan kepada mereka bahzawa kau peduli.

Monday, October 20, 2008

A Small Open House Event...

My daughters with her second cousins Ika & Aqeela ( not sure how it's spelt :-) )...
Pak Ngah ( my dad's brother ) & Wardina...
Hizami with his cousin Muhammad ( dah besar dah Mat...kalau terjumpa selisih bahu pun mungkin tak kenal ..sebab dah lama tak jumpa :-) )
Bergurau :-)
Mira , Bechik & Sarinah
Ina's hubby with my hubby :-)
Ika & Nana
Mahyun & Family

Mira, Bechik & Ina

Zarith , Amy .... Faizal . AMy & Zarith



Tuesday, October 07, 2008

Raya 2008

Family picture ... pagi raya lum sempat pakai tudung..hubby dah panggil tangkap gambar ;-p

Me & Hubby Bro & Sis in law beraya ke rumah on 4/10/08. made them mee sup & Baked Pasta.
My Mom & Dad in law....slurpp...Mak makan mee sup :-)

Ada banyak lagi gambar ..but till my next N3