|
Alhamdulillah hari ni dah nak masuk 4 hari kita berpuasa....
Rakan sekerja aku bertanya pagi tadi... yang beliau dah suci dari darah haid pada hari Ahad tempohari. Beliau dah pun berpuasa penuh pada hari Isnin dan juga solat. Tapi pagi ni beliau kata terdapat lendir seperti putih telur bercampur lendir coklat pulak...batal ke puasa beliau??....Di bawah adalah jawapan yang diperolehi dari website JAIS...
Soalan Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai puasa. Saya mempunyai haid yang dalam sebulan normalnya 7 hari kemudian dia akan berhenti dan saya akan terus mandi dan sembahyang selang dalam seminggu lebih kemudiannya dia akan datang kembali dengan keadaan yang cuma lendir yang berwarna coklat. Adakah dalam bulan Ramadhan ini puasa saya sah atau tidak jika antara waktu yang sudah berhenti dengan yang datang lendir berwarna coklat itu saya teruskan berpuasa. Adakah antara masa berhenti itu dengan waktu datang lendir saya kena mengqadakkan puasa. Jawapan amat saya harapkan. Terima kasih. Jawapan.
Tempoh kedatangan darah haid ialah paling cepat sehari semalam, kebiasaan selama 7 hari dan paling maxima 15 hari.
Darah haid datang dalam pelbagai bentuk, ada merah kehitam-hitaman, merah pekat, coklat kehitaman, kuning pekat, ada juga ciri lain di mana ia keluar dalam kedaan berketul dan ketika ia banyak keluar, akan terasa sedikit hangat. Bau darah ini biasanya agak hanyir berbanding dengan darah biasa. Apa yang saya maklum dari persoalan saudari ialah saudari biasa datang haid 7 hari, selepas itu ( 8 hari @ lebihi lagi) dalam kedaan suci. Dalam perkiraan saya; lendir berwarna coklat hanya keluar pada hari keenam belas dan seterusnya ( jika perkiraan adalah dari tarikh hari pertama darah haid saudari datang ). maka jelaslah di sini darah itu bukan darah haid, saudari wajib solat dan berpuasa. Antara waktu berhenti haid dan datang lendir coklat tidak perlu Qada puasa kerana saudari sedang dalam suci. Pastikan perkiraan maxima bilangan hari kedatangan darah tersebut untuk mengenal pasti samada ia darah haid @ darah Istihadah ( darah penyakit). Jika lendiran berterusan, dapatkan nasihat pakar bagi menyelesaikan masalah sebelum lebih banyak mudharatnya. |
Tuesday, July 24, 2012
Permasalahan haid dan puasa
.
Labels:
Info for sharing,
Thoughts and Ponder
Monday, July 09, 2012
Jenjalan ke KL & Melaka
Salam rakan-rakan alam mayaku... wah dah lama betul tak bersiaran di blog ku ini hehhe.... Faktor-faktor kesibukan serta kemalasan yang menyumbang kepada masalah di atas ...
Oklah hari ni nak citer pasal last weekend... kami sekeluarga naik ke KL untuk Raya shopping spree.... :-)
Dan kali ini MIL & BIL pun we all angkut sama.:-).. Yalar..kesian tgk Mak dah lama tak berjalan...
MIL tanya aku " Mak bawak Achid boleh?" Aku jawab " Bawaklah Mak ...lagipun Linda booked Homestay 3 bilik... takde masalah...
Ini masa malam sebelum tidur...MIL sedang baca Al-Quran... sementara anak daraku tertidur atas sofa...
These 2 goonies .... tgh bersiap -sedia untuk balik ke JB
Tgh tunggu owner rumah datang...

Our dinner kat Ayam Penyet AP ..
Tak sempat ambik gambar all the dishes..... sebab sekejap dah licin hahah lapar punya pasal...
Usai solat Isyak ...kami bawak semua pi makan durian pulak ..otw balik aku tnmpk org jual "derian" kat simpang traffic light... rupanya Achid tak brp suka durian... so MIL & En Hubby tolong habiskan ... nasib aku cuma ambik 4 biji jer..mula2 hubby suruh ambik lebih... nasib tak membazir cam couple yang duduk sebelah kami..dah tau Durian Musang King..ambik bnyk2 dah tu tak larat nak habiskan 2 org je makan patutnya ambik larr sibijik dulu...last2 buang dalam tong ish ish ish..
Ni pulak masa dok pilih baju raya kami...
We all shopping kat Kenanga Wholesale City
Hari Ahad pulak lepas check out hubby ajak gi jln TAR....so this time borong tudung pulak.... murah tu...I liokkee. Lepas gedebak gedebuk dalam pukul 1.30 kita org gerak larr balik...Then sampai kat Nilai hubby tanya nak lunch kat ner ni? Aku pun bg suggestion why not singgah Melaka test power kat Nasi Beryani Haji Tamby..sebab last time nampak Rima buat N3 kat blog dia... she said it's tasty...so we all pergi larrr...
Ini depan restoran tu... kami sampai lewat dalam pukul 2.30 kot..so cuma tgl Nasi Beriani Ayam....memang sodapppp..we all bagi 4 star....Nasi dia.makan cam tu pun dah sedap.We already set this place as 1 of our favorite place in our GPS...Nasi beriani dia RM6 jer..tak sampai RM8~RM10 cam tmpt2 lain..kalau nak pergi alamat dia :
No, 69, Jln PJ 1,
Taman Pertam Jaya. 75050 PADANG TEMU. Melaka
Lepas tu aku suggest kat MIL ku.." Mak nak sgh umah Mak Ngah tak?" Boleh tumpang solat sekali?"
Alhamdulillah dapat jumpa Mak Ngah & Pak Ngah..kata Pak Ngah kami memang langkah kanan sebab adik beradik Mak Ngah ada buat tahlil sikit sempena nak sambut Ramadhan...Mak Ngah bawak kami ke umah adik dia.... ramainya orang ..cam raya pulak rasanya...Banyak betul juadah... Mee Kari, Mee Siam, kuih muih, Cendol, Cempedak Goreng dan rambutan... wah best suasana kat situ..reminds me of Rembau & Mantin... :-)
Rupanya adik ipar mak ngah tu memang berniaga Cendol & Kuih Muih ..memang sedap Cendol dia.... adik beradik Mak Ngah semuanya baik2 & peramah belaka....Seronok MIL berbual ngan Mak Ngah & kakaknya... kalau aku cuti keesokkan harinya boleh kami duduk lama lagi...x pelah MIL cakap..kalau ada rezeki insyaallah kita jumpa lagi...
Sebelum kami bergerak balik , Pak Ngah bekalkan kami Pisang, Terung , Cili Api & Betik.
Terimakasih banyak Pak Ngah & Mak Ngah... semoga murah rezeki kalian :-)
Pukul 9.30malam baru hantar mak ke Magd. Tiba umah...lepas solat jer semua ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZz :-)
Labels:
Cuti Cuti,
family outings,
Makan-Makan
Subscribe to:
Posts (Atom)











