Salam,
Kengkawan bloggers suka makan ulam tak? Alah takkan korang bleh makan "Salad" kat Pizza Hut or any western joint....hang tak leh makan ulamkan..huhu ..alasan lah tu :-P
Saya suka sangat makan ulam ..memang my family since kecil dah diperkenalkan dengan ulam.
Bonda saya juga bnyk tanam ulam ulaman di rumahnya...
Ulam ni banyak kebaikkannya..selain mencuci darah banyak lagi khasiatnya..
Now ni my eldest daughter pun dah kemaruk Ulam...hari tu beli Petai ...sepapan dilantaknya heheeh :-)
Dulu baru-baru kahwin ..hubby tak pandai langsung makan ulam...tapi sekarang jgn cakap :-P
Kat umah baru pun pevious owner ada tanam ulam raja & Ubi..so dah banyak kali hasilnya dinikmati kami sekeluarga...alhamdulillah
Anyway below are some facts about Ulam Raja..bnyk khasiatnya..rugi pada yng tak reti makan.
ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
kegunaan:
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.