
Salam ,
Walaupun dah start bekerja tapi mood raya tu masih lagi tebal :-P
Semalam bawak muffins chocolates & Blueberry untuk office colleagues.
Hari ni pulak jamu mereka dgn kuih Lidah Kuching. Actually kuih ni kita dah pernah order dari Kak Long before Raya tapi Syawal ke 3 hari tu rumah kita kena ambushed oleh sanak saudara so kuih pun dah banyak habis so ..kita order lah lagi 4 telap dari Kak Long and tadi Kak Long delivered kuih tu pada kita..
Syawal ke 7 hari tu kami sekeluarga tak berjalan ke mana sebab kita terima tempahan Muffins sebanyak 200 biji dari Shahila Gelang Patah. Selesai buat muffins tu dah pukul 3 petang..lepas tu rehat sekejap dan kemudiannya ke rumah biras ku Zalina ( Lin).
Langkah kanan nampaknya sebab ada Mee bandung terhidang .. alhamdulillah..
Selepas ke rumah Lin kami bertolak ke Taman Daya untuk kerumah mak sedara sebelah suami.
Dan kemudiannya pulang ke rumah.
Syawal ke 8 pulak, kami beraya di rumah kawan2 ku ( Ariyun di Sejambak 11 & Ina di Semerbak 16 . Tmn Bukit Dahlia ) kami sampai di rumah Ariyun pada pukul 12 tghari ..wah sedapnya makanan yang di masak ..ada rendang , ayam masak merah sambal udang dan bermacam lagi ..thanks Yun...murah rezeki hang :-)
Selepas Zuhur kami bertolak ke Majidee untuk mengambil mertua ku dan lepas tu beraya ke rumah mak-mak sedara laki ku . Mula-mula ke rumah Mak Zah di Taman Dahlia ( Makan Soto Ayam ) , kemudian ke rumah Mak Besah di Impian Emas ( makan mee goreng ) dan kemudiannya ke rumah ibu biras ku Lin di Tmn Daya dan akhir sekali ke rumah Mak Yam...
Wah..berjalan & makan sakan nampaknya kami sekeluarga :-)
Pagi tadi Ibu mertua ku telefon ajak aku beraya ke 3 tempat hari Sabtu ni ,...wah..berjalan lagi nampaknya :-)





