
Salam
Topik kali ini agak sensitive ..tapi harap tak ada yang terkecil hati ..
Semalam rakan saya bercerita tentang jirannya ( yang juga babysitter nya) yang agak Tabligh orangnya...
Masalahnya setiap kali dia menjemput anaknya dia berasa kurang selesa... kerana keadaan rumah yang bersepah dan kotor..
Di mana lantainya melekit, banyak sisa makanan dsbnya....
Dan jika menumpang bilik air nya ... kotor dan pampers bersepah di lantai.
Pada mulanya suaminya yang suruh hantar di situ ..memandangkan orangnya alim dan baik..
Rakan saya bercadang ingin menukar ke babysitter yang lain setelah kebelakangan ini anaknya selalu sakit.
Saya pula pelik kerana setahu saya dalam Islam kebersihan itu paling utama...
Saya pula teringat tentang incident Hari Raya dimana ada seorang hamba allah ini yang memakai jubah dan tudung labuh beraya dirumah salah satu jiran saya..tetapi maaflah saya berkata ...B/O nya sangat kuat ..macam nak pengsan dibuatnya...mengapa tidak boleh pakai Minyak Attar ker .....
Dan ada pulak yang imagenya tidak jived dengan perangainya...
cthnya luaran sangat baik dan alim tetapi perkataan , percakapan dan tingkahlaku sangat biadap dan tidak sopan.
Walaubagaimanapun tidak semua ...ada juga yang image yang di potrayed kan balanced dengan perangai yang sopan, baik & halus budi bahasa serta pembersih orangnya....contohnya Guru Sekolah saya dulu Cikgu Sakinah ...
Di mana dia sekarang ya ?