Selama 15 tahun ni banyak kenangan manis & pahit yang telah kami lalui, walaupun kadang-kadang sukar.. tapi kami sentiasa sepakat mencari jalan penyelesaian & tempuhi bersama...
Kami berkenalan sewaktu aku bertugas di Maybank , Skudai branch..Suamiku masuk bertugas disitu 6 bulan selepas aku , dan sebelum itu dia bekerja di Ban Hin Lee bank..
Pada waktu itu aku memang sedang berkawan dengan seseorang yang juga warga Maybank, tetapi beliau di Kuala Lumpur....Like people said....susah.. kalau long distance relationship ni heheh..
Aku masih ingat kata-kata suamiku masa mula2 kita gi dating...dia cakap masa mula2 dia report duty kat branch tu , dia kata akulah staff perempuan yang agak reserved & sombong... hehehe...
Susah jugak dia nak mendekati aku , sebab aku bukan jenis "gediks" hahahah....
Tapi kalau dah jodoh kan? Tak ke mana ya tak ?
Tak lama lepas kami berkawan aku di transferkan ke JB Main branch...so jarang larr kami jumpa...cuma keep in touch thru phone calls...One day tu dia call ..dia kata "Petang ni balik kerja , I ambik u " Rupanya malam tu dia bawak aku gi kedai emas...rupa2nya dia nak belikan aku cincin belah rotan dan minggu tu jugak dia hantar rombongan merisik .... sebulan lepas tu kami bertunang dan setahun selepas tu aku sah menjadi isteri kepada beliau.
To my dearest hubby -
Your arms are my castle , your heart is my sky...
They wipe away tears that I cried
The good and the bad times, we've been through it all,
You make me rise when I fall....



























