Hari Isnin lepas I was on leave sebab nak gi EPF & Bank...
Pagi-pagi lagi kami dah sampai kat EPF ..takut ramai orang ..tup-tup tgk cuma ada 5 orang jer yang menunggu ....alhamdulillah ....5 stars untuk kakitangan EPF JB yang buat tugasan dengan cekap & pantas.
Lepas dari tu kami ke Larkin Perdana , plan nak gi Tabung Haji & Bank Rakyat ..tup tup tengok black out....the whole stretch from Larkin to Tmn Suria blacked out....hampeh
Then hubby ajak ke Taman Pelangi jap....lepas sarapan baru kami ke Larkin Perdana balik..nasib dah ok .... hubby dropped me off at Bank Rakyat and dia balik jap nak ambil Cha .
Masuk jer dalam bank ...huiyo ramainya manusia...agaknya baru lepas cuti panjang....hmmm bertahun larr aku kena tunggu ni ... :-(
Tapi tak sampai 3 minit ..nombor aku dipanggil dan alhamdulillah pegawai yang attend aku pun baik. Alhamdulillah settled dah personal loan aku yang aku ambik since year 2007 , kalau ikutkan sampai end of 2012 baru habis bayar , tapi since aku dapat bonus aku settledkan semua, alhamdulillah syukur.
Sementara menunggu Mr R, aku duduk kat dalam bank tu ... dan aku tgk ramai gak orang wat urusan Ar -Rahnu. Dari pemerhatian aku lar kan ..rata - rata yang masuk berurusan dengan kaunter Ar-Rahnu tu lebih banyak lelaki dari perempuan.... pelik gak setahu akulah perempuan yang banyak pakai emas :-)
dan hamba allah sebelah aku tu macam tahu je apa dalam fikiran aku bila dia menegurku dan berkata " yang masuk semua banyak lelaki ..agaknya gadai emas bini dia orang agaknya " hahaha aku cuma tersenyum jer..
Kalaulah betul macam apa yang kakak sebelah aku tu cakap ..hai jenis lelaki apa lar camtu? ...patutnya sebagai ketua keluarga dia yang patut cari duit & sediakan segalanya untuk keluarga..ini terbalik kot....kesian para isteri.
Dah hampir 30 minit Mr R masih tak sampai ..so aku pun bergerak larr ke Bake Well untuk cuci-cuci mata , tgk apa barang baru yang ada....hmmmm last2 tak beli apa-apa pun except for a packet of Marshmallow untuk kudapan Danish... :-)
Dah hampir pukul 1.00 baru Mr R datang....and lastly kami ke Tabung Haji untuk buat tabungan bulanan sikit untuk anak-anak ......

No comments:
Post a Comment