Thursday, August 18, 2011

Hidup berjiran



Islam mengajarkan bahawa antara sesama muslim adalah bersaudara serta setiap individu diseru supaya berbaik-baik,dan bantu-membantu dalam semua usaha dan perkerjaan yang menuju kebaikan sesuai dengan tuntutan Allah.


Jiran sebagai saudara terdekat mempunyai tempat yang khusus dalam Islam hinggakan baik buruk berjiran merupakan ukuran iman sesorang.
Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah berlaku baik terhadap jiran tertangganya,sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik dan diam sahaja.



Hadis Rasulluallah (swt) ini menyeru manusia supaya memuliakan jiran, memelihara hak-haknya dan berbuat ehsan kepadanya dengan segala macam kebaikan menurut kemampuan seseorang. Contohnya, memberi hadiah, menghilangkan kesulitannya, membantu apa yang diperlukan, menolak segala gangguan serta ikut menaggung kesedihannya.


Jiran tetangga yang dimaksudkan ialah keluarga yang tinggal di persekitaran kita, iaitu empat atau lima puluh rumah dari setiap sudut. Merekalah yang mula-mula sekali wajib perlakukan dengan baik sebelum keluarga lain, iaitu dengan menjaga air muka agar sentiasa manis tanpa ada tanda-tanda permusuhan atau kebencian, saling memberi apabila mendapat rezeki lebih, menahan rasa dengki atau sakit hati yang di timbulkan oleh jiran lain dan menahan diri daripada membalas terhadap jiran yang telah menyakiti hati kita.



Demikianlah kewajipan hidup berjiran. Apabila kewajipan-kewajipan ini telah dapat diamalkan oleh setiap orang yang berjiran, nescaya tercipta suasana tenang dan tenteram dan penuh kedamaian. Allah telah berfirman:
Sembahlah Allah dan janganlah mempersekutukannya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, sahabat serta saudara, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat dan jauh, rakan sejawat, Ibnu Sabil dan hamba sahayamu. Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri. (An Nisa' :36)


Sebaik-baik kawan menurut penilaian Allah adalah orang yang paling baik terhadap kawannya dan sebaik-baik jiran menurut penilaian Allah (swt) adalah orang yang baik terhadap jirannya.


Seorang akan merasa bahagia apabila tinggal dikalangan masyarakat yang prihatin dan menghormatinya. Sebaliknya jika seorang tinggal dikalangan masyarakat yang terdiri daripada mereka yang buruk perangainya, gemar menggangu ketenteraman, jiwa dan sebagainya akan menjadikannya sengsara. Perilaku seburuk ini tidak mungkin ditunjukan oleh seorang mukmin.




Oleh kerana itu Nabi Muhammad (saw) amat menegaskan hal ini sehingga beliau bersumpah tiga kali bahawa bukanlah seorang mukmin sehingga jirannya bebas dari keburukan-keburukan atau bencana yang ditimbulkan oleh orang tersebut.


Nabi (saw) bersabda:
Demi Allah tidak beriman orang itu. Seorang bertanya, Siapakah orang itu wahai Rasulullah? Beliau menjawab, "Orang yang jirannya tidak aman daripada bencananya."
(Bukhari, Muslim Ahmad dan lainnya)


Adapun yang dikatakan menyakiti hati jirannya ialah segala tingkah laku yang dapat mengusik ketenteraman seperti mengintap rahsianya, menggangu hak miliknya, menyebarkan keburukannya dan lain-lain.



Tuesday, August 09, 2011

Apakah cita-cita kamu bila besar nanti?...




Lalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja...
Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini.




Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'.



Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja.

Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..". Inikah makna sebenar kerja pada kita?


Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita.



Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?".

Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!".



Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.



Niat Pemangkin Semangat
Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha.



Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".



Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti.




Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".



Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah.




Sabda Rasul SAW,"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)



Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah.



Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan.




Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.





Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita.



Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini.





Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan!
Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengular' selama satu minit sahaja.


Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah.



Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan.


Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas.Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.


Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT,
"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)


Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.


Mudah-mudahan...Amin.






** Article taken from I Luv Islam

Tuesday, July 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO MY 2 HEROS

Happy Bday to my 2 heros who celebrated their bday in July... 2 my 2 Leos... I love both of you very much & may Allah blessed both of you ...Amin....:-)

Sunday, July 10, 2011

Kami Bersatu-Smart Reader Kids Annual Family Day

Salam Sabtu lepas 9/7/2011, kami sekeluarga ke Annual Family Day - Smart Reader Kids Ada 4 cawangan semuanya under Informium group.
Larkin Jaya / Tmn Suria / BBU & Bandar Dato' Onn.

Acara bermula dengan persembahan kanak-kanak setiap cawangan & di ikuti dengan senam robik ( 1 Malaysia).

Selepas tu ada Treasure Hunt ...dalam seratus lebih participant Mama & Danish dapat nombor 28 ..not bad :-)

Susah tu dah lah cabaran pertama tu kena angkat & pindahkan 3 ekor belut ke bekas lain , di ikuti dengan "mengemas katil" , yang ke-3 Ibu & anak kena makan ice cream , ayah kena minum air & lastly lipat 10 helai baju....huhu ...kelakor :-P

Mama terpaksa enter frame sebab Danish tak larat angkat hamper tu.


Danish & his gang


Masamnya muka ....





Mama & Nana


Mama , Abah & Kak Cha


Danish kepenatan...


Ni masa baru sampai


Parents duduk kat sini ...


Thursday, June 30, 2011

Danish & "Amers" dia ....



Semalam pukul 5.30ptg jer cik Hubby sms " Don't forget our date tonite , make sure you punch out on the dot tau "

Yalarrr..cik hubby ..roger :-)

Apalagi lagi 3 minutes nak pukul 6.00 aku dah stand by dah...kira cam " on yr mark, get set..GO!!!

Nasib jalan ok cuma kat Jalan Tampoi tu jammed sikit.


Sampai BBU aku sms hubby tanya dia kat maner ...dia kata dia baru nak masuk JB custom check point....Aku suwoh dia pick up the kids sebab aku nak gi tapau Murtabak Special dulu :-) heheh tak sempat masak ya ...sbb nak rushing ke Jusco malam nanti...

Nak tau kenapa?? Sebab we all anak beranak dating nak gi tengok movie hehe ..citer apa Danish? Danish jawab " citer Amerss"


Hehe yup..kita org nak pergi tgk Transformers Dark Of The Moon...nk wat camnor dh anak & bapaknya peminat no 1 Transformers kan? Mama , Kak Cha & Nana tagged along jer... owg belanja kan.... on ajerlah hihi :-)


Friday, June 24, 2011

Facebook ooo Facebook




Salam ...

Lately I felt like closing down my FB account...

I just feel like it doesn't really enticed me like it used to :-P



Has been throwing questions to my BFFs and closest friend on should I or shouldn't I? Guess what ? They all disagrees with my decision...saying that FB is the far most great social networking..and to be keep in touch with friends and families in this hectic world ..a FB account is a must.... hmmmmmm? ok....



So ..in the meantime I guess I'll be sticking with it until the day when I really feel it's high time :-)

Tuesday, June 07, 2011

Jalan-jalan ke Melaka ...

Salam, last weekend bawak anak-anak jenjalan kt Melaka. Kali ni bukan nak shopping tapi nak merayau-rayau bandar bersejarah ni :-)

Kali ni kami pilih tempat penginapan di Casa Lago Holiday Apartment. Oklah tempat ni...we opt for 2 bedroom apartment. Bersih apartment ni ...kalau sape berminat boleh check url ni
http://www.casalago.com.my/
Malam tu teragak makan Ikan Bakar...so kita orang cari tempat yang menarik ...ada orang kata Umbai dah mahal...so kita try pergi Sg .Duyong. Tapi we all pergi lepas maghrib..so crowd memang ramai...beratur sangat panjang...pada saper2 yang panas baran di larang datang sewaktu peak season ( cuti sekolah or PH) hahaha....
Sampai situ kena beratur & wait for yout table...then bila dah dapat table....




Kena beratur lagi untuk pilih ikan , sotong , ketam dan lain -lain.


Then org tu akan timbang seafood yang kita pilih & tanya seafood tu nak masak apa...kita orang pilih Siakap masak 3 rasa, butter garlic prawns, sotong bakar , siput buluh masak halia, chap chye . Semua ni plus nasi lemak 5 bungkus, tauhu bakar 2 plates plus 2 jug watermelon juice cuma.....RM142 jer ...memang berbaloi :-)



Tengah sabar menunggu makanan yang di order..:-)



Tauhu bakar sampai dulu ..since kami "kebuluran" kami balon licin Tauhu Bakar tu hahahah :-)




Esoknya bawak anak-anak gi A-Famosa...etc..



Dah penat jalan ..lepak jap dalam Dataran Pahlawan ...banyak gak baju2 jual kat sini..:-)




Ini pulak ...Ducktours... last time aku & hubby gi Gold Coast naik AquaDuck...masa tu tak bawak anak2 ...so kesian kt diaorang... so kami bawaklah naik Ducktours ni kat Melaka..tgk hero kami ni excited :-)









Ini dia Ducktours lagi satu...:-)



Kalau nak naik Melaka Ductours ni ...kena beli ticket dia kat Menara Taming Sari tu...ticket price dia RM38 - per adult , RM22 - children ( fm 3-12 yrs old).










Lepas naik Ducktours ni kami lunch di Hajah Mona Asam Pedas... tapi lupa nak ambik gambar... sedap asam pedas dia.. ..lokasi dia dekan dengan Casa Del Rio http://www.casadelrio-melaka.com/




Kemudian kami pergi ke Coral Wonderland...( ala2 Aquaria gitu )



Posing jap kat entrance dia ... entrance fee dia RM30/ per adult & RM20/ children ..best gak tempat ni....







Ni kat Touch Pool area...Batrisyia geli nak pegang Tapak Sulaiman tu .tapi mama dia paksa gak hahah :-0






Wardina berani sikit.





Yang ni ... gamat pulak.



Besar larrr gamat ni ...




Yang ni Belangkas.... cam "predator" kan hahahah :-) Belanglas ni darah dia biru tau ...




Anak dara ku posing kat corals...




cantikkan?








Wardina with her newly found tressures :-P







Next day kami berolak pulang ke JB..tapi kami sempat singgah makan Mee Bandung Muar kat jeti Muar....



Ni dia ..mee bandung Abang Sayang.... sedap ..yummylicous... gerai abang sayang ni bersebelahan ngan Majlis Perbandaran Muar @ Stesen Bas...harga sepinggan RM4 jer.....



Friday, April 22, 2011

Dragon fruit goodness / Kebaikan buah naga



Oleh ZAINUDDIN ZAIN


Masih ramai lagi rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).


Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.


Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.


Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.


Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Penyelidikan mengatakan bahawa buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.


“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.


“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).


Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).


Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.


Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.Bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.


“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.


“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,”dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.


“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,”


Pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.“


Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat.


Tidak hairanlah harganya mahal.Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani.


Kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman. Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan

My child is Dyslexic









Anak sulung ku memang dyslexic since she was 5 years old.

This year she'll be sitting for UPSR and as a Mom I will never ever give up to coach & guide her & pray that she will do well in her upcoming UPSR, Amin....

<><><><><><><><><><><><><><><><><>


Severe dyslexia is caused by disorientation, which for dyslexic people means that they have an innacurate perception of the words.

That is, they might see the letters of the words jumbled around in all sorts of different ways.

There is no way that a dyslexic person who suffers from this sort of disorientation can ever remember a word, because the word seems different every time they look at it.

There is no single pattern of difficulty that affects all dyslexic people.


A dyslexic person might have any of the following problems:
She might see some letters as backwards or upside down;
She might not be able to tell the difference between letters that look similar in shape such as o and e and c ;
She might not be able to tell the difference between letters that have similar shape but different orientation, such as b and p and d and q ;



The letters might look all jumbled up and out of order;
The letters and words might look all bunched together;
The letters of some words might appear completely backwards, such as the word bird looking like drib


The letters and words might look o.k., but the dyslexic person might get a severe headache or feel sick to her stomach every time she tries to read;

She might see the letters o.k., but not be able to sound out words -- that is, not be able to connect the letters to the sounds they make and understand them;


She might be able to connect the letters and sound out words, but not recognize words she has seen before, no matter how many times she has seen them -- each time she would have to start fresh;

She might be able to read the words o.k. but not be able to make sense of or remember what she reads, so that she finds herself coming back to read the same passage over and over again.


The dyslexic people might see the letters of the wordsjumbled around in all sorts of different ways.


Reference:
Davis Dyslexia Association InternationalURL: http://www.dyslexia.come mail: ddai@dyslexia.com

Friday, March 25, 2011

Ups and downs

Perkahwinan menuntut kerja keras kedua-dua pasangan untuk saling mempercayai dan sentiasa bersifat tolenrasi.

Masalah dalam perkahwinan kerap timbul apabila 2 individu belajar hidup bersama.Ketika ini masing-masing sudah terbiasa mempunyai rutin sendiri , membuat keputusan sendiri ,…tiba-tiba harus bertoleransi dengan rutin serta keputusan pasangan anda dan sikit demi sikit sifat menyampah akan terbit terhadap perangai buruk pasangan masing-masing, dan konflik demi konflik akan timbul….

Walaupun pada awalnya perkahwinan itu tampak mudah dan indah , perlu diingatkan bahawa ianya taklah semudah yang di sangka. Di sini saya titipkan beberapa tips untuk di kongsi bersama…mudah-mudahan dapat dimanafaatkan ya.

Yang pertama, anda harus ingat anda sendiri yang telah memilih pasangan anda itu dan anda telah pun berjanji untuk sehidup semati…jadi mengapa sekarang anda harus menyesal?
Yang kedua, anda perlu ingat ..pasangan anda itu tidak ‘perfect’ begitu juga dengan anda…Jgn pulak anda syok sendiri merasakan semua yang anda lakukan itu betul dan semua yang dilakukan pasangan anda salah.
Yang ketiga, komunikasi berkesan perlu ada didalam sesebuah perkahwinan… Kalau ada yang tidak puas hati haruslah berbincang hati ke hati , jgn dipendam dan mengharap pasangan mengerti…Harus di ingatkan bahawa pasangan anda itu bukan tukang telek dimana beliau boleh telek ke dalam fikiran anda
Keempat, jangan terlalu mengongkong sehingga pasangan anda rimas dan bosan. TETAPI jangan pulak bila di beri kebebasan..anda pulak lupa diri..bahaya tu. Bila buat sesuatu tu harap dapat berfikir dengan rasional.
Kelima, bila pasangan anda meluahkan perasaan ..atau menceritakan masalahnya…berusahalah menjadi pendengar yang baik…jangan terus menyalahkan atau mengkritik ..malah cuba tunjukkan sifat “empathy” anda kepada beliau.
Keenam, jangan suka mengungkit… lakukan segalanya dengan ikhlas mudah-mudahan mendapat keberkatan darinya.
Yang terakhir ..jangan lupa untuk selalu berdoa untuk pasangan masing-masing dan berusahalah untuk menjernihkan kembali hubungan anda suami isteri agar sentiasa saling sayang menyayangi.



Wednesday, February 23, 2011

Universal Studios Singapore Feb 2011

Salam... lama tak update blog ni heheheh....kebusyan plak lately ni ...
Anyway last 14th Feb 2011, hubby bawak kami sekeluarga ke USS.
Kami main redah jer...nasib ada GOPHERS heheheh...
Ntah mana dia direct kami..masuk sana , masuk sini ..tup tup dah sampai huhu...lama tu tak pergi Sentosa..last time pergi pun 17 tahun dulu kot heheheh (time-time dating :-P).

Parking kat Resorts World...kami sampai dalam pukul 12.05 tgh & balik dalam pukul 9.00 malam, total parking fees dalam SGD 19.00 jer.

Naik je escalator , jumpalah "bola biru " ni....posed dulu b4 beli ticket.

Ticket price ari tu , SGD66 for adult and SGD48 for kids 4 yrs above.



Our cameraman of the day :-)



" I like to move it ...move it...."
"She like to move it...move it "



Shrek 4D
Far far away....

Shrek's hut



Lunch at OASIS









Sci-Fi

New York




Shrek & Fiona



















Nak balik & lepas shopping souvenirs.