Perkahwinan menuntut kerja keras kedua-dua pasangan untuk saling mempercayai dan sentiasa bersifat tolenrasi.Masalah dalam perkahwinan kerap timbul apabila 2 individu belajar hidup bersama.Ketika ini masing-masing sudah terbiasa mempunyai rutin sendiri , membuat keputusan sendiri ,…tiba-tiba harus bertoleransi dengan rutin serta keputusan pasangan anda dan sikit demi sikit sifat menyampah akan terbit terhadap perangai buruk pasangan masing-masing, dan konflik demi konflik akan timbul….
Walaupun pada awalnya perkahwinan itu tampak mudah dan indah , perlu diingatkan bahawa ianya taklah semudah yang di sangka. Di sini saya titipkan beberapa tips untuk di kongsi bersama…mudah-mudahan dapat dimanafaatkan ya.
Yang pertama, anda harus ingat anda sendiri yang telah memilih pasangan anda itu dan anda telah pun berjanji untuk sehidup semati…jadi mengapa sekarang anda harus menyesal?
Yang kedua, anda perlu ingat ..pasangan anda itu tidak ‘perfect’ begitu juga dengan anda…Jgn pulak anda syok sendiri merasakan semua yang anda lakukan itu betul dan semua yang dilakukan pasangan anda salah.
Yang ketiga, komunikasi berkesan perlu ada didalam sesebuah perkahwinan… Kalau ada yang tidak puas hati haruslah berbincang hati ke hati , jgn dipendam dan mengharap pasangan mengerti…Harus di ingatkan bahawa pasangan anda itu bukan tukang telek dimana beliau boleh telek ke dalam fikiran anda
Keempat, jangan terlalu mengongkong sehingga pasangan anda rimas dan bosan. TETAPI jangan pulak bila di beri kebebasan..anda pulak lupa diri..bahaya tu. Bila buat sesuatu tu harap dapat berfikir dengan rasional.
Kelima, bila pasangan anda meluahkan perasaan ..atau menceritakan masalahnya…berusahalah menjadi pendengar yang baik…jangan terus menyalahkan atau mengkritik ..malah cuba tunjukkan sifat “empathy” anda kepada beliau.
Keenam, jangan suka mengungkit… lakukan segalanya dengan ikhlas mudah-mudahan mendapat keberkatan darinya.
Yang terakhir ..jangan lupa untuk selalu berdoa untuk pasangan masing-masing dan berusahalah untuk menjernihkan kembali hubungan anda suami isteri agar sentiasa saling sayang menyayangi.
No comments:
Post a Comment