Saturday, October 10, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Syawal

Salam ,
Walaupun dah start bekerja tapi mood raya tu masih lagi tebal :-P
Semalam bawak muffins chocolates & Blueberry untuk office colleagues.
Hari ni pulak jamu mereka dgn kuih Lidah Kuching. Actually kuih ni kita dah pernah order dari Kak Long before Raya tapi Syawal ke 3 hari tu rumah kita kena ambushed oleh sanak saudara so kuih pun dah banyak habis so ..kita order lah lagi 4 telap dari Kak Long and tadi Kak Long delivered kuih tu pada kita..
Syawal ke 7 hari tu kami sekeluarga tak berjalan ke mana sebab kita terima tempahan Muffins sebanyak 200 biji dari Shahila Gelang Patah. Selesai buat muffins tu dah pukul 3 petang..lepas tu rehat sekejap dan kemudiannya ke rumah biras ku Zalina ( Lin).
Langkah kanan nampaknya sebab ada Mee bandung terhidang .. alhamdulillah..
Selepas ke rumah Lin kami bertolak ke Taman Daya untuk kerumah mak sedara sebelah suami.
Dan kemudiannya pulang ke rumah.
Syawal ke 8 pulak, kami beraya di rumah kawan2 ku ( Ariyun di Sejambak 11 & Ina di Semerbak 16 . Tmn Bukit Dahlia ) kami sampai di rumah Ariyun pada pukul 12 tghari ..wah sedapnya makanan yang di masak ..ada rendang , ayam masak merah sambal udang dan bermacam lagi ..thanks Yun...murah rezeki hang :-)
Selepas Zuhur kami bertolak ke Majidee untuk mengambil mertua ku dan lepas tu beraya ke rumah mak-mak sedara laki ku . Mula-mula ke rumah Mak Zah di Taman Dahlia ( Makan Soto Ayam ) , kemudian ke rumah Mak Besah di Impian Emas ( makan mee goreng ) dan kemudiannya ke rumah ibu biras ku Lin di Tmn Daya dan akhir sekali ke rumah Mak Yam...
Wah..berjalan & makan sakan nampaknya kami sekeluarga :-)
Pagi tadi Ibu mertua ku telefon ajak aku beraya ke 3 tempat hari Sabtu ni ,...wah..berjalan lagi nampaknya :-)
Wednesday, September 23, 2009
Aidilfitri 1430 H (2009)
Tuesday, September 22, 2009
Hepi Boshday to me :-P
Alhamdulillah birthday saya tahun ni falls on the 3rd day of Aidilfitri..seronok coz semua sedara mara ada bersama menyambut birthday saya.
On my birthday hubby took us out for dinner at Johnny's , almaklumlah saya demam masa tu so dia sarankan makan di situ ( Steamboat )prihatin sungguh hubby ku ..
Birthday from hubby this year ...something from D&P to match my earlier necklace which he bought for my bday in 2005 when I was working at PTP. Thank you so much dear really enjoyed myself that day :-)
On my birthday hubby took us out for dinner at Johnny's , almaklumlah saya demam masa tu so dia sarankan makan di situ ( Steamboat )prihatin sungguh hubby ku ..
Birthday from hubby this year ...something from D&P to match my earlier necklace which he bought for my bday in 2005 when I was working at PTP. Thank you so much dear really enjoyed myself that day :-)Tuesday, September 15, 2009
Kad Raya dari Kak Long
Salam , these are all the raya cards from Kak Long http://kaklong69.blogspot.com/
Semalam 1st time dapat jumpa kakak angkat ku ni ... setelah lama cuma beremail dan SMS jer..
to Kak Long ..Selamat Hari Raya & jgn lupa datang umah ya :-)
p/s Kuih kak long tu sodapppp :-)

Semalam 1st time dapat jumpa kakak angkat ku ni ... setelah lama cuma beremail dan SMS jer..
to Kak Long ..Selamat Hari Raya & jgn lupa datang umah ya :-)
p/s Kuih kak long tu sodapppp :-)

Friday, September 11, 2009
Salam Aidilfitri
Wednesday, September 02, 2009
Arisa

Salam, hari ni surf internet nampak pulak resepi Arisa ni.. bagi orang Johor tulen mesti tahu apa Arisa ni kan? Teringat masa aku kecil-kecil dulu arwah Dato'Hasnah , jiran nenda ku di Jalan Ungku Aziz mesti buat juadah ni pada hari raya.. dah lama tak makan ek? Rasa cam nak try lak buat..tapi tak tahulah rasanya sama atau tidak...:-)
Bagi yang rajin tu bolehlah try sama ya...
Arisa
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibuang kulitnya)
2 mangkuk air
½ biji buah pala
1 tin oats kecil
1 ½ cawan minyak jagung/minyak sayur
1 cawan kacang pis
3 batang cili merah (dihiris)
2 batang daun sup dan daun bawang (dihiris)
½ sdt garam
Cara Cara
·Rebuskan ayam bersama dua mangkuk air dan ½ biji buah pala dan sedikit garam secukup rasa.
·Setelah empuk ayam, diangkat dan ditoskan ayam tadi. Kemudian disiat-siatkan isinya dan dikisarkan kasar sedikit.
· Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih, setelah mendidih masukkan oats
dan kacau masak hingga sebati.
·Setelah masak oats tadi, masukkan isi ayam, minyak dan jagung gaul hingga rata dan pekat.
·Apabila nampak ianya bergetil dan diangkat dituangkan kedalam mangkuk kaca dan tekan
·sehingga rata.
· Taburkan kacang pis, lada merah, daun sup dan daun bawang diatasnya.
Bagi yang rajin tu bolehlah try sama ya...
Arisa
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibuang kulitnya)
2 mangkuk air
½ biji buah pala
1 tin oats kecil
1 ½ cawan minyak jagung/minyak sayur
1 cawan kacang pis
3 batang cili merah (dihiris)
2 batang daun sup dan daun bawang (dihiris)
½ sdt garam
Cara Cara
·Rebuskan ayam bersama dua mangkuk air dan ½ biji buah pala dan sedikit garam secukup rasa.
·Setelah empuk ayam, diangkat dan ditoskan ayam tadi. Kemudian disiat-siatkan isinya dan dikisarkan kasar sedikit.
· Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih, setelah mendidih masukkan oats
dan kacau masak hingga sebati.
·Setelah masak oats tadi, masukkan isi ayam, minyak dan jagung gaul hingga rata dan pekat.
·Apabila nampak ianya bergetil dan diangkat dituangkan kedalam mangkuk kaca dan tekan
·sehingga rata.
· Taburkan kacang pis, lada merah, daun sup dan daun bawang diatasnya.
Tuesday, August 25, 2009
Hati yang Ikhlas
Sekadar renungan bersama..
Tiga ciri ikhlas .Seorang yang ikhlas memiliki ciri tersendiri sehingga menjadi lambang keperibadiannya.
Pertama, tidak terpengaruh atau termakan oleh pujian dan cercaan orang lain.
Bagi mereka segala pujian yang indah atau cercaan yang buruk adalah sama nilainya.
Kedua, tidak mengharapkan balasan atau ganjaran dari amal kebajikan yang pernah dilakukan, tetapi dia hanya mengharapkan keredhaan Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda: ''Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa, kemudian dipisah-pisahkan, apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka.'' (Hadits riwayat Baihaqi)
Ketiga, orang yang tidak pernah mengungkit-ungkit kembali segala kebaikan yang pernah dilakukan. Ertinya, orang yang selalu menyebut tentang kebaikan yang pernah dilakukan, apalagi menghina dan memburuk-burukkan orang yang pernah diberikan bantuan, maka sesungguhnya dia sangat jauh dari golongan orang yang ikhlas.
Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita agar bersedekah secara diam-diam, jauh dari penglihatan orang banyak. Umpama tangan kanan memberi sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya.
Sabda Rasulullah SAW: ''Bahwa sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, tetapi Dia hanya melihat kepada hati kamu.'' (Hadits riwayat Muslim)
Saturday, August 22, 2009
Trip down the memory lane..
Monday, August 17, 2009
Tn Hj Mohd Hashim & Puan Hjh Hamidah...
Salam ..hari ni kedua ibubapa ku berlepas ke Jeddah /Mekah untuk menunaikan umrah.
Alhamdulillah ada rezeki lagi dari Allah untuk mereka ke sana lagi tahun ini.
Awal pagi tadi aku dan suami keluar rumah untuk hantar mereka ke rumah Tuan Haji Jalil ( tauke Jalen kicap ).
Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di sana nanti dan semoga selamat pergi dan pulang nanti.. kami anak beranak mendoakan yang terbaik untuk Mak & Apak ..
Wednesday, August 12, 2009
Ramadhan Datang Lagi

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita, MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN.
Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Saya juga memohon dihalalkan semuanya.
Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja .. di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan ..
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih" sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
*andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiapkan diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
*Duhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang Mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti..
Namun teman....tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA.....
Tuesday, August 11, 2009
Class Chocolate Sun 090808
Salam, last Sunday pergi menuntut ilmu lagi. Kali ni menuntut ilmu "Chocolate Making"
Syok wat chocolate ni ..sebabnya...saya ni Chocoholic heheh
Anyway here's some pics taken by the teacher :-)
I punya belum upload lagi...
Nanti I upload kat Infinity blog later ya.. so sesiapa yang nak order Homemade, Handmade Halal Chocs or belajar choc making boleh contact I ye :-)
Ini gambar member baru I - Noor ..bagus dia ni... 7 mths pregnant masih nak tuntut ilmu tau ..
tengok tu dia tengah pipe kan Orange Pralines kat center of the Choc. Sedap tau choc ni ..yummy
Ni I tgh wat Teddy Bear Nutty Choc... ini bila bawak balik kena serbu ngan anak2
Syok wat chocolate ni ..sebabnya...saya ni Chocoholic heheh
Anyway here's some pics taken by the teacher :-)
I punya belum upload lagi...
Nanti I upload kat Infinity blog later ya.. so sesiapa yang nak order Homemade, Handmade Halal Chocs or belajar choc making boleh contact I ye :-)
Ini gambar member baru I - Noor ..bagus dia ni... 7 mths pregnant masih nak tuntut ilmu tau ..
tengok tu dia tengah pipe kan Orange Pralines kat center of the Choc. Sedap tau choc ni ..yummy
Ni I tgh wat Teddy Bear Nutty Choc... ini bila bawak balik kena serbu ngan anak2Sunday, August 02, 2009
Al-Fatihah
Salam, baru sebentar tadi terima call dari Apak memaklumkan MekChek telah meninggal dunia.
Innalillah....
Mak & Apak pun tak de dengar dia sakit or apa... tapi dah sampai ajalnya.
Baru bulan June lepas aku berurut dengan dia ..banyak yang telah dibualkan.I've always enjoyed talking to her..mcm berbual ngan mak sendiri...:-)
FYI ...Mak Chek ni kawan mak since dari Jalan Jim Quee lagi...she was a retired Nurse.
Dan lepas pencen dia mengurut orang bersalin. dan aku adalah salah sorang pelanggan nya...
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah...
Innalillah....
Mak & Apak pun tak de dengar dia sakit or apa... tapi dah sampai ajalnya.
Baru bulan June lepas aku berurut dengan dia ..banyak yang telah dibualkan.I've always enjoyed talking to her..mcm berbual ngan mak sendiri...:-)
FYI ...Mak Chek ni kawan mak since dari Jalan Jim Quee lagi...she was a retired Nurse.
Dan lepas pencen dia mengurut orang bersalin. dan aku adalah salah sorang pelanggan nya...
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah...
Subscribe to:
Posts (Atom)






