
Salam ,
Raya dah pun sampai ke penghujungnya.. sekejap je kan? Pejam celik pejam celik dah habis raya:-)
Semalam adalah hari yang paling banyak orang jemput untuk Open House.. yelah sempena cuti Deepavali & penutup raya.
Samalah dgn kami. Semalam semua jemputan kami tak dapat pergi sebab kawan-kawan hubby & kawanku nak datang beraya.
Kepada semua rakan dan famili yang menjemput kami semalam mintak maaf banyak banyak sebab kami tak dapat hadir.
Oleh kerana this year kami tak buat Open house, ramai yang bertanya..so kami jemput mereka datang ..kami cakap bukan open house tapi open door heheh ( sebab buat bukan besar-besaran ).
Alhamdulillah ramai yang datang semalam. so tak membazirlah juadah yang telah di sediakan.
Sempat jugak kita buat Homemade Chocs & Cupcakes untuk mereka ( sebab kebanyakkan mereka ni our best & close friends). Alhamdulillah ramai pulak yang berkenan dgn cupcakes & chocolates yang kita buat & ada yang dah placed order.
Jiran-jiran pun kami jemput jugak. Lepas tetamu pulang Hubby puji kita , katanya "walaupun takde maid u managed to arranged everything smoothly ya). Alhamdulillah jabwabku.
Malam ni nampaknya tidur lambat lagilah kita sebab nak buat tempahan chocolates & cupcakes tu :-) Tapi no worries sebab kalau kita stay up buat cakes normally hubby akan temankan, thanks dear kerana memahami minatku :-)
No comments:
Post a Comment