Tuesday, August 11, 2009

Class Chocolate Sun 090808

Salam, last Sunday pergi menuntut ilmu lagi. Kali ni menuntut ilmu "Chocolate Making"
Syok wat chocolate ni ..sebabnya...saya ni Chocoholic heheh
Anyway here's some pics taken by the teacher :-)
I punya belum upload lagi...
Nanti I upload kat Infinity blog later ya.. so sesiapa yang nak order Homemade, Handmade Halal Chocs or belajar choc making boleh contact I ye :-)


Ini gambar member baru I - Noor ..bagus dia ni... 7 mths pregnant masih nak tuntut ilmu tau ..
tengok tu dia tengah pipe kan Orange Pralines kat center of the Choc. Sedap tau choc ni ..yummy
Ni I tgh wat Teddy Bear Nutty Choc... ini bila bawak balik kena serbu ngan anak2

Yang ni I tgh pipe kan Strawberry Pralines... ni pun yummy .....drooling ...
Ni separuh choc yang dah siap..








Sunday, August 02, 2009

Al-Fatihah

Salam, baru sebentar tadi terima call dari Apak memaklumkan MekChek telah meninggal dunia.
Innalillah....

Mak & Apak pun tak de dengar dia sakit or apa... tapi dah sampai ajalnya.
Baru bulan June lepas aku berurut dengan dia ..banyak yang telah dibualkan.I've always enjoyed talking to her..mcm berbual ngan mak sendiri...:-)
FYI ...Mak Chek ni kawan mak since dari Jalan Jim Quee lagi...she was a retired Nurse.

Dan lepas pencen dia mengurut orang bersalin. dan aku adalah salah sorang pelanggan nya...


Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah...

Thursday, July 30, 2009

Danish dah 3 tahun





Alhamdulillah ..27/7/09 hari tu bday anak ku yang ke-3....tahun,
Tapi on that date Mama dia kena outstation ke Shah Alam ada Quality meeting ngan Canon Opto. So Mama dia baked him a cake on Sunday ( 1 day earlier). Tgklah aksi2 dia 3 beradik hehe :-)
Tapi malam tu when I reached home from S.Alam, hubby suggested to bawak anak2 keluar makan untuk celebrate bday Danish.
Hubby tanya any suggestions? So I suggested to try out a new place kat Jln Abdul Samad - '"Tera Thai"... ( actually I nak try out this place bnyk kali sebab the Corporate Manager of this place is my school friend -Lynda Eunos tapi asyik tak sempat je nak pergi....:-) )
So the verdict of the place .... Very Good... the food was great & the service rendered was superb.Anak2 pun suka .
I will suggest to all my colleague & friends to check out the place. And accdg to Lynda..they are going to open up a Spa just beneath the restaurant ...hmm must give that a try too :-)

Thursday, July 16, 2009

Telekung anyone?

Salam... lama tak update blog ni sejak dah ada blog baru Hazlynndiary .N3 kali ni tentang telekung yang sulaman nya cantik dah halus. Pada sape sape yg berminat nak beli telekung ni email saya.




















Sunday, July 05, 2009

Updates

Salam,

Minggu lepas ..rasa my life hectic sikit.
Dengan kerja, dengan appointment ngan Pakar Endokrin @Hospital KL dan hal anak-anak lagi.

Semalam singgah rumah MIL... wish mak Hepi Belated Bday ..kesian mak tak berapa sihat...penat agaknya ..kerja lagi ..rumah lagi...I cakap ngan MIL " dah namanya org perempuan Mak .. sampai bila pun memang kerja tak pernah habis :-P"

Lepas tu singah umah my parents... pergi pulangkan mangkuk tingkat ..mak masakkan kami lauk hari tu.. mymom is the best mother in the whole world..and same goes to my dad too :-)
Both of you will always be in my heart .

Hari ni pulak ..dari pagi wat kek & cupcakes ( ada org order ) ..you can find all about it at my other blog www.infinitycupcakes.blogspot.com
and kul 11 pagi tadi ada jemputan tahlil from our neighbours..

Oklah sampai sini dulu le...till next N3

Salam/HMH

Monday, June 22, 2009

20& 21st June 2009

Salam.. weekend ni aku kena flu attack.. actually hubby yang kena dulu since hari Rabu..mula mula aku tak kena..tup tup bangun hari Jumaat tekak sakit giler & hidung meleleh..nak wat camner redha jerlah...

Kemudian hari Sabtu pergi ambil report card anak 2 ku. Balik dari sekolah tak ke mana pun dok jer rehat kat rumah berehat.

Alhamdulillah hari Ahad bangun aku dah sihat ..dan dapat siapkan project aku -Kek Barbie..
anak-anak aku excited giler bila kek tu siap ..tengoklah tu anak sulungku demam-demam pun excited termasuk anak bujang ke...issshh Danish tak leh main Barbie yang...


So siapa siapa yang interested nak order kek , cupcakes, tepung kek segera or muffins sila layari blog aku lagi satu www.infinitycupcakes.blogspot.com ya....

Tuesday, June 16, 2009

Laksa Penang



Salam, saya dan hubby suka sangat makan Laksa Penang..tapi kan ramai orang jual atau buat laksa penang kuahnya tak sedap..cair sangat, ikan kurang and tak kick larrr...

Alhamdulillah saya dapat resepi ni dari seorang kenalan, seorang lelaki keturunan Baba.
dah try banyak kali ..sangat sedap..cubalah ala ala Old Town punya :-)

Bahan-bahannya:-

1 kg Ikan Selayang
8 Cawan Air
1 paket Laksa -rebus sampai lembut

Bahan2 ditumbuk
12 tangkai lada kering ( buang bijinya)
5 tangkai lada merah yang segar ( buang bijinya)
8 biji bawang merah
Belacan sebesar ibujari
1 tangkai serai (guna hanya bahagian yang putih saja , dlm 6 inci)
Air asam jawa
Asam Jawa ( sebesar bola golf)1 cawan air
Perasa
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1 sudu teh sos ikan

Lain-lain bahan /garnishing

1 biji timun ( di hiris panjang2)
1 cekak kecil daun pudina (ambik daun nya saja tau)
1 cekak daum kesum
1 putik bungan kantan (belah 2)
1 labu bawang besar ( dihiris)
1 lettuce atau daun salad (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
1 biji nenas muda ( dihiris panjang)
Sedikit petis yang dah dicairkan


Cara-caranya:
Siang & bersihkan ikan terlebih dahulu ( buang sisik & isi perutnya ).
Kemudian rebus ianya bersama 8 cawan air.
Rebus selama 10 minit.
Keluarkan ikan dan ambik isinya.
Tapis air rebusan ikan tadi dan masukkan asam keping dan daun kesum dan rebus kembali dengan menggunakan api yang kecil (low heat)

Ambik isi ikan tadi dan hancurkan menggunakan tangan ( tak yah blend , I like isi ikan tu chunky sket ) kemudian masukkan isi ikan tu ke dalam air rebusan tadi.

Tumiskan bahan-bahan yg telah ditumbuk selama 6 minit kemudian masukkan kedalam air rebusan tadi..
Masukkan air asam jawa ke dalam air rebusan .
Kemudian masukkan gula, garam & sos ikan. Biarkan mendidih.


Masukkan laksa yang telah di rebus ke dalam mangkuk , taburkan bahan –bahan garnishing tadi dan tuangkan kuah ke dalamnya… hidangkan panas- panas bersama sedikit petis for extra umphh .. cubalah sodappp.



Thursday, June 11, 2009

Cuti cuti ke Perak ...


Salam...


Sempena public holiday 6th June hari tu kami sekeluarga ke Swiss Garden Damai Laut, Lumut Perak.

Tempatnya sangat menarik..kami menginap di sana selama 2 hari dan seterusnya ke Sunway... gambar nanti saya post later ya.


Bila dah naik kerja bosannya... berlambak pulak benda yang nak kena hadap belum masuk yang pending.Tapi nak wat camner dah namanya pun makan gaji :-)


Penat betul, hari Selasa melayan kerenah customer baru kami Fujitsu. Mereka conduct Process Audit untuk 5 newly approved parts mereka..satu hari suntuk baru siap.

Dan hari ni pulak Management Meeting ngan our MD...kelat muka sekor sekor kena "slammed" ..sabor ajelah ....

Esok saya akan ke The Zone ..kena attend Mitsumi Seminar...adoisss...penat chek.....

Sabtu nanti ada tempahan Muffin Chocolate yang harus disiapkan ...nak wat camner saya ni memang "hyper" since kecik..


Bonda dan ayahanda saya pun baru pulang dari Medan.Berjalan ke sana bersama Haji & Hajjah yang lain... kira tour Mak Aji & Pak Aji lah :-P


Oklah till next N3..


Salam

Tuesday, June 09, 2009

Paris

Paris Disneyland Sleeping Beauty








Paris Disneyland





Marne la Vallee - train stop to Paris Disneyland


Eh eh ada plak geng my hubby kat sini :-)



Batrisyia & Wardina


Galleries Laffayette



Galleries Laffayette

Under the Eiffel Tower



River Seine cruise


Eiffel Tower

Outside Notre Dame







Thursday, June 04, 2009

Our trip - London to Paris












8C by Dr Fadzilah Kamsah

Salam,


N3 kali ni bukan pasal trip kami ..tapi selitkan something yang boleh dibuat pedoman para isteri.
Got this from Azi...so saya rasa bagus untuk di share bersama :-)


8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI


C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah b aru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami b aru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…


C6. CEREWET Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


C8 CUAI Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal….. dan menjadi isteri yang disayangi.